Pages

Wednesday, 27 February 2013

Rakyat Disamakan Seperi Haiwan: Bila Nik Aziz Nak Minta Maaf?



Ketika saya di sekolah tadika dulu, cikgu saya pernah memberitahu bahawa amalan sedekah merupakan satu amalan yang mulia dan terpuji. Saya masih anak-anak ketika itu untuk memahami erti amalan tersebut.

Ketika di sekolah rendah pula, ustazah saya pula memberitahu bahawa amalan bersedekah merupakan sunnah Rasulullah SAW dan Baginda selalu menyeru agar umatnya menghulurkan sedekah walaupun dengan sekadar senyuman. Dapat pahala katanya.

Di sekolah menengah pula, ustaz pula menjelaskan bahawa tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Begitulah keberkatan rezeki yang dikongsi bersama sesama manusia. Yang ada rezeki lebih berkongsi rezekinya dengan yang kurang.

Dan di kuliyyah pula, seorang pensyarah dari Mesir merangkumkan bahawa sedekah itu adalah satu tuntutan dan konsep muamalah Islam. Begitulah serba sedikit pengetahuan saya mengenai amalan sedekah jariah.

Tapi, berlainan pula halnya dengan ajaran Mursyidul Am PAS. Padanya, jariah yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan bernilai RM500 kepada rakyat baru-baru ini adalah satu amalan keji yang tidak ikhlas.

Kononnya, pemberian RM500 itu adalah untuk membeli undi.

PAS mendakwa jariah tersebut seolah-olah cuba menjadikan rakyat yang kurang berkemampuan seperti haiwan atau binatang. Kononnya sengaja menabur hampas untuk “ayam” makan, dan menghampar rumput untuk dimakan “lembu”.

Ibaratnya, rakyat yang kurang berkemampuan itu adalah seperti “ayam” dan “lembu”.

Persoalannya, apakah wajar Nik Aziz Nik Mat yang kononnya “Tok Guru” itu bersyak wasangka buruk terhadap keikhlasan Kerajaan Pusat? Nik Aziz pandai membaca niat orang lain? Dia ahli tilik? Sejak bila dia belajar ilmu nujum?

Rasulullah SAW pernah bersabda, menanam syak wasangka buruk itu menghilangkan pahala pada kita sebagaimana kayu yang dibakar api. Pahala yang ada akan hilang dan sia-sia saja. Nik Aziz tidak pernah belajar hadis tersebut?

Paling malang, bila rakyat yang kurang berkemampuan diibaratkan sebagai “haiwan”. Tidak ada perumpamaan lain yang lebih sopan, kah? Tergamak seorang “Tok Guru Spiritual” menyamakan manusia seperti haiwan? Ini akhlak mahmudah atau mazmumah?

Terlanjur kata, tidak salah untuk Nik Aziz meminta maaf. Islam sendiri menyarankan umatnya meminta maaf dan memaafkan. Bila Nik Aziz nak minta maaf atas keceluparan mulutnya? Atau ego pada Mursyidul Am itu begitu tebal untuk meminta maaf?

Meminta maaf akan membuat rakyat menyanjung Nik Aziz. Namun mempertahankan keceluparannya akan menyebabkan dia akan dilabel memiliki akhlak mazmumah. Yang mana satu pilihan Nik Aziz? Mahmudah atau mazmumah?

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment