Pages

Sunday, 24 February 2013

Nik Aziz Tanggung Malu Kerana Mulut Badan Binasa


Nik Ajis oh Nik Ajis..Kenapa la bingung sangat. Sampai tempelak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana mengkritik kenyataan Nik Ajis kata penerima BR1M sebagai ayam dan lembu.

Adakah Nik Ajis ni maksum hingga tak boleh dikritik langsung. Sebagai orang biasa teman sendiri pun akan bercakap perkara yang sama seperti Tan Sri Harussani katakan. Sememangnya tidak wajar menggelar manusia lain dengan andaian binatang dan segala bagai yang menghina. Tambahan pula Hadi Awang pula menambah sebagai Bodoh kepada penerima BR1M. Lagi la tak patut.

Dah terbukti pemimpin PAS tak boleh menerima kritikan langsung. Jika ada sesiapa mengkritik pemimpin PAS, maka akan dilabelkan sebagai UMNO atau pun ulama UMNO. Tapi apa pulak kepada yang memihak kepada PAS, maka harus jugak digelar Ulama PAS. Tak gitu!

No comments:

Post a Comment