Pages

Sunday, 10 February 2013

Kekasih Tertembak Wartawan Malaysiakini Rupanya



Wartawan portal Malaysiakini Claudia Theophilus, 42, dipercayai mati akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan, Sabtu.
Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan dilaporkan Bernama berkata menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lubnan.
“Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api,” katanya.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.
Laporan media menyebut mangsa tiba di Lubnan pada 28 Jan lalu untuk melawat kawannya di negara itu.
Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang ‘bermain’ dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Claudia, 42, anak sulung daripada tiga beradik, merupakan lulusan undang-undang universiti tempatan dan memulakan kerjaya sebagai wartawan di akhbar The Sun pada 1995 sebelum menyertai portal berita Malaysiakini pada 2005 dan beralih ke Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak dua tahun lalu.
Malaysia Instinct

No comments:

Post a Comment