Pages

Sunday, 24 February 2013

Henti Projek Pusat, Satu Lagi Alasan Menolak PR



KEPUTUSAN kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menghentikan semua projek-projek persekutuan di negeri tersebut setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk mencabut tiang kamera AES di kawasan pentadbirannya, memberi satu lagi sebab kepada rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya untuk menolak parti ini dalam pilihanraya umum akan datang.

Kita bukan cakap tentang AES, kita cakap tentang politik balas dendam dan keengganan menerima keputusan Mahkamah, terutama yang tidak memihak kepada mereka.

Selagi rakyat menaruh kepercayaan kepada puak-puak ini untuk memerintah negeri, selagi itulah masalah seumpama ini kita akan lihat berterusan.

Di satu pihak mereka meraikan keputusan-keputusan mahkamah yang memihak mereka, di satu pihak lain, mereka menunjukkan protes dengan tindakan balas dendam seumpama ini.

Tak bolehlah satu kerajaan negeri terima keputusan mahkamah yang memihak mereka sahaja, kerajaan negeri apa macam ini?

Penulis rasa Khalid Ibrahim cuba menutup kesilapannya dalam isu ini dengan membuat keputusan yang tidak wajar ini.  Maklum sahajalah, sebelum ini kita sering mendengar Khalid mendakwa dia benar, undang-undang menyebelahi dia dalam soal nak mencabut kamera AES ini, diakhirnya Mahkamah memutuskan sebaliknya.

Dengan menghentikan projek kerajaan pusat dalam negeri tersebut, yang akan rugi ialah rakyat negeri itu juga.  Kita boleh bertanya diri sendiri, jenis Menteri Besar apakah ini yang tergamak menganiaya rakyat sendiri kerana mahkamah tidak menyebelahinya?  Jenis Menteri Besar apa?

Ada 2 kamera AES sahaja dalam negeri Selangor tapi dengan menghentikan projek kerajaan pusat di negeri tersebut, rakyat di seluruh negeri yang menerima impaknya!!

Jelas disitu, Khalid dan Pakatan Rakyat hanya memikirkan aspek politik semata-mata dalam setiap keputusan yang dibuat Pakatan haram tidak berdaftar itu.  Rakyat perlu menolak politik tidak matang seumpama ini dan mengembalikan kuasa semula kepada Barisan Nasional.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment