Pages

Thursday, 14 February 2013

Gelaran "Huguan Siou Malaysia": KDCA Desak Anwar Mohon Maaf



KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) mendesak permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ranau dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun berkata gelaran 'Huguan Siou' yang bermaksud 'Pemimpin Agung' secara eksklusif dikhaskan dan diberi kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut.

Oleh itu, katanya jika benar seperti dilaporkan media baru-baru ini bahawa PKRRanau memberi atau mengisytiharkan Anwar sebagai Huguan Siou Malaysia, tindakanitu menyalahi budaya dan tersasar daripada amalan serta tradisi lazim Kadazandusun.

"Ia menghina dan menyinggung perasaan kaum Kadazandusun. Hakikatnya ini adalah tindakan yang akan menguatkuasakan hukum 'solupi', iaitu membawa sumpahanterhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalamlingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusiHuguan Siou," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Suman berkata 'Huguan Siou' adalah institusi yang merangkumkan semangatperpaduan, keberanian dan keazaman KDM.

"Beliau adalah penjaga adat, norma, artifak dan tradisi KDM yang dirayakan setiap tahun menerusi Hari Kaamatan," katanya.

KDCA merangkumi dan mewakili 40 kumpulan etnik di Sabah.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Datuk Seri SallehSaid Keruak berkata saga Huguan Siou menunjukkan Anwar jahil tentang budayapelbagai kumpulan etnik di Sabah.

"Beliau (Anwar) hanya berminat dengan kuasa politik dan menghina masyarakat Sabah. Bagaimana masyarakat Sabah mahu mempercayai beliau?," katanya.

Dalam hubungan ini, Salleh berkata Anwar perlu memohon maaf secara terbukakepada kaum Kadazandusun di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjunberpendapat gelaran Huguan Siou dianggap 'suci' oleh komuniti KDM dan hanyaboleh diberi kepada kalangan komuniti berkenaan.

Beliau berkata Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama serta budaya dan rakyatnya perlu saling menghormati sensitiviti adat dan budaya satu sama lain.

"Orang yang memberi gelaran ini mungkin cuba meraih kepentingan politik tetapi orang yang menerimanya pula sama ada jahil atau memang tidak sensitif.

Bagaimanapun perkara ini tidak dapat diterima daripada seseorang yangberpengalaman dalam politik dan kerajaan seperti beliau," katanya.

Beliau berkata gelaran Huguan Siou tidak seharusnya digunakan sebagai alat politik untuk memenuhi agenda seseorang.

"Tanpa mengira perbezaan hubungan politik dan perselisihan dalam banyak perkara, masyarakat Sabah mesti bersatu dalam mengiktiraf serta menghormati warisan dan adat budaya kita," katanya.

Masidi, yang berasal dari Ranau, berkata sebarang tindakan yang dianggap memperkecilkan institusi Huguan Siou adalah satu tindakan memperkecilkan warisanbudaya Sabah, dan menambah agenda politik perlu sentiasa memberi laluan denganmengutamakan kepentingan masyarakat Sabah.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew berkata hanya ada seorang sahaja Huguan Siou di Sabah iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata pengisytiharan Anwar sebagai Huguan Siou adalah penghinaan kepada komuniti KDM di Sabah. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment