Pages

Wednesday, 27 February 2013

Ganas!!! Bekas Ahli PAS Diancam Bunuh Kerana Keluar Parti



Ada kalangan kita tentunya terkejut dan terkerut-kerut muka sambil menggaru kepala yang tidak gatal bila membaca berita yang di siarkan oleh Sinar Harian Online petang tadi dengan tajuk “4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti”.

Pun begitu, sebetulnya ramai yang sudah dapat meneka keempat-empat individu haprak dan ganas itu adalah penyokong PAS, lebih-lebih lagi bila lokasi kejadian berlaku di Marang, Terengganu yang sejak 3 dekad lalu adalah sarang PAS.

Agak tidak patut bila seseorang individu mengambil tindakan keluar dari PAS bersama beberapa puluh pengikut-pengikut yang lain, alih-alih ancaman bunuh pula pula yang diterimanya, tapi nak pelik dan terkejut apanya, tingkah laku kasar dan ganas sudah lama sebati dengan sebahagian penyokong PAS.

Hatta kereta polis pun puak-puak ganas ini berani baling dengan kon dan melompat gaya titanic di atas bumbungnya semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0, apa sangatlah setakat ancaman untuk bunuh rakan sekampung sendiri.

Pengganas komunis yang menyerang Bukit Kepong pun ada pemimpin PAS sanggup sokong angkat jadi idola pejuang kemerdekaan, apa sangatlah kalau ada si pengikut terikut-ikut gaya komunis dengan cuba mengugut dan mengancam nak bunuh orang lain, tak gitu?

Ganas memang ganas. Nama saja Parti Islam SeMalaysia, tapi roh keindahan Islam dan kelembutan dakwah Islamiyah langsung tak kelihatan dikalangan penyokongnya, tampak jelas kewujudan PAS atas muka bumi ini langsung tak membawa keberkatan.

Mana nak adanya keberkatan, kalau dah tujuan nama Islam yang digunakan pada PAS nawaitu utamanya hanya untuk kepentingan politik dan keuntungan duniawi pemimpinnya.

Baca Lagi DISINI

No comments:

Post a Comment