Pages

Friday, 15 February 2013

FITNAH!!!!!!!!!!!!!


Hah! Ala! Kalau dah tak dapat tu sudah la. Jangan nak salahkan orang lain pulak. Itu perangai puak-puak Pakatan Rakyat yang asyik menyalahkan orang lain. Isu  pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand enggan melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar. Akhirnya Kerajaan BN yang salah yang didakwa menghalang Pakar Forensik tersebut. Adeehh! Malu la!

Teman rasa Dr Pornthip ni pun tau, helah Pakatan Rakyat. Hanya jadi alat politik Pakatan Rakyat, bukannya nak cari kebenaran sangat pun. Tak gitu!

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar.

Perdana menteri berkata dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran itu tidak benar sama sekali.

"Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan beberapa portal berita yang memetik pemimpin PKR itu mendakwa Najib telah berkomunikasi dengan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra berhubung bedah siasat kedua itu.

Surendran mendakwa ekoran daripada komunikasi itu, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Dalam kejadian pada 23 Jan lepas, Sugumar yang dipercayai mengalami masalah mental, dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.

Menurut laporan media sebelum ini, Sugumar bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum dia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - Bernama

No comments:

Post a Comment