Pages

Sunday, 10 February 2013

BONGKAR: DAP Jual Bayan Mutiara dengan Karoake dan GRO


Isu penjualan tanah di Bayan Mutiara pernah menjadi topik hangat seketika dulu. Teman cuba membuka satu persatu cerita dari sumber-sumber yang teman ada. Penjualan tanah tersebut kepada Ivory Properties Group Berhad jelas menunjukkan bukti Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat mengamalkan korupsi dan kronisma. Hairan kan..

Tanah Bayan Mutiara di jual dengan harga RM240 kaki persegi jauh beza dengan harga pasaran RM420 kaki persegi. Ramai yang mempertikaikan harga jualan tersebut kepada Ivory Properties. Ketelusan yang diwar-warkan oleh Guan Eng hanya omong-omong kosong belaka. Alasan bodoh dan tak munasabah dari Kerajaan DAP Pulau Pinang belum lagi boleh menutup skandal ini. Apa yang pelik, penjualan tanah tersebut adalah hasil "direct deal" atau rundingan terus antara Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan Ivory. Rasa teman jika kerajaan BN yang lakukan, confirm kena hentam teruk dengan alasan-alasan rasuah dan kronisme. Kalau Kerajaan DAP Pulau Pinang yang buat, apa cerita? Tak Ada rasuah ke?

Apa salahnya kalau Kerajaan DAP Pulau Pinang serahkan tanah tersebut kepada PDC anak syarikat dibawah Kerajaan Negeri. Lebih mudah dan dilihat sebagai badan yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam melaksanakan projek-projek kerajaan negeri.

Semua persoalan tersebut ada jawapannya. Ikuti pendedahan seterusnya jam 8.30 malam ini. Tunggu!!!

No comments:

Post a Comment