Pages

Tuesday, 26 February 2013

Adakah Lim Kit Siang Jadi Perdana Menteri Cina Yang Pertama


Konvensyen Pakatan Rakyat yang membentangkan Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat semalam tidak menyebutkan siapakah calon Perdana Menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya. Pelik jugak kan..

Jika sebelum ini beriya-iya benar mengatakan Anwar China Doll bakal Perdana Menteri tapi mengapa sekarang perlu dirahsiakan?

Ura-ura dikalangan Pakatan Rakyat, satu rundingan sulit telah diadakan dikalangan pimpinan tertinggi PR, Hadi Awang akan menjadi calon utama sebagai Perdana Menteri sekiranya PAS memenangi lebih kerusi Parlimen berbanding rakan sekutu yang lain.  Ini adalah kerana ingin mengambil hati dan mengikut kehenda akar umbi dan ahli-ahli PAS seperti yang dituntut semasa Muktamar PAS yang lalu.. Difahamkan untuk memastikan tiada sabotaj dalam parti berlaku semasa PRU13 nanti. Tapi bagaimana pula dengan PKR dan DAP? 

Jika diikut matematik mudah, DAP lebih banyak kerusi yang ditandingi berbanding PAS dan PKR. Kemungkinan DAP akan mempunyai kerusi majoriti dalam Pakatan Rakyat adalah lebih mudah. Ini bermakna Lim Kit Siang adalah calon Perdana Menteri Malaysia. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment