Pages

Saturday, 5 January 2013

WA TATAK TIPU WOO! MANA ADA TIPU! LU TENGOK LA



Tindakan meminda keputusan pemilihan parti DAP ekoran kesilapan teknikal akibat pengiraan undi menimbulkan kontroversi yang cukup besar dengan pelbagai pihak yakin bahawa ia dibuat semata-mata bagi membolehkan orang Melayu tersenarai sebagai Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Barisan Nasional (BN) dan pemimpin politik lain agak skeptikal dengan tindakan parti itu membuat pindaan kerana ia berlaku selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC diumumkan pada 15 Disember yang memperlihatkan tiada orang Melayu menang dalam pemilihan tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka menyatakan bahawa pindaan yang dibuat sengaja memberi peluang kepada Zairil Khir Johari yang merupakan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng – dari kedudukan ke-39 kepada kedudukan ke-20 bagi membolehkan beliau dilantik sebagai anggota CEC yang terakhir.

Vincent Wu yang pada mulanya diisytiharkan sebagai anggota CEC dengan memperoleh 1,200 undi telah jatuh ke tempat ke-26 menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh DAP.

Pemimpin BN berkata tindakan DAP meminda keputusan pemilihan CEC menunjukkan mereka tertekan dalam usaha membuktikkan parti itu pelbagai kaum.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berkata pemilihan Zairil secara kebetulan sebagai anggota CEC ‘terlalu mudah’ untuk diteka .

“Jika DAP melakukan ini bagi menggembirakan orang Melayu, maka mereka benar-benar silap. Orang Melayu akan lebih rasa terhina dengan tindakan sebegini. Parti telah pun menghina komuniti ini apabila tiada undi yang diterima pada keputusan pemilihan terdahulu,” katanya.

DAP mendakwa berlaku kesilapan teknikal dalam jadual pengiraan undi yang telah dibuat.

Sementara itu, Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk Seri M. Kayveas yakin tindakan meminda keputusan pemilihan DAP adalah satu tindakan ‘melindungi kepentingan pihak tertentu’.

“Sudah buat silap, cuba tutup dengan pembohongan. Bagaimanakah anda hendak harapkan mereka untuk mentadbir negara ini dengan betul apabila mereka tidak boleh melaksanakan pemilihan parti dengan mudah?”, katanya.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liat dalam tweetnya mengatakan DAP sering menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan kesilapan teknikal namun pada masa yang sama sistem yang mereka gunakan sendiri lebih teruk macam ‘sampah’ jika hendak dibandingkan dengan SPR.

Pengarah Institut Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata DAP sepatutnya bekerjasama dengan juruaudit antarabangsa yang diiktiraf dan syarikat teknologi maklumat bagi mengesahkan keputusan pemilihan CEC parti itu yang berlaku disebabkan oleh masalah teknikal.

“Kesilapan berkaitan sistem komputer harus dipastikan, kerana orang ramai akan melihatkan sebagai satu percubaan untuk menutup kesalahan orang lain,” katanya sambil menambah bahawa juruaudit dan syarikat teknologi maklumat hanya memerlukan tempoh beberapa hari itu menyelesaikan masalah dan menyediakan laporan mereka.

Ramon berkata DAP sepatutnya membenarkan satu siasatan terbuka dijalankan bagi menunjukkan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban mereka dalam menghadapi risiko.

"Ia bersangkut-paut dengan kepentingan orang awam untuk mengetahui perkara sebenar daripada audit dan syarikat teknologi maklumat yang dihormati di seluruh dunia," katanya. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata mengapa DAP tidak mengumumkan kesilapan dalam keputusan pemilihan CEC parti itu dalam tempoh tiga hari.

“DAP hanya umumkan kesilapan teknikal yang berlaku selepas menerima kritikan ketiadaan orang Melayu memenangi pemilihan CEC parti itu,” katanya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata ‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan keputusan pemilihan CEC parti itu.

“Hanya apabila terlalu banyak kritikan diterima kerana tiada orang Melayu dipilih dalam CEC, secara ajaibnya keputusan dengan dipinda dengan Zairil berjaya. Ia benar-benar macam tidak percaya dan orang ramai tidak bodoh untuk menilai,” katanya.

Beliau berkata prosedur keseluruhan amat mencurigakan.

Tunku Aziz mencabar parti itu membuktikan bahawa tidak ada manipulasi dalam keputusan yang diumumkan itu.

Katanya, DAP telah hilang kredibiliti untuk mengkritik SPR, kerana pada ketika ini mereka sendiri tidak dapat memastikan mereka sebuah parti yang bebas dalam melaksanakan pemilihan CEC parti.

Bekas juruaudit DAP Selangor, Tan Tuan Tat pula hairan dengan tindakan pegawai pilihan raya parti itu, Pooi Weng Keong yang terpaksa meletak jawatan.

“Adakah Pooi dijadikan ‘kambing hitam’?,” solanya.

Beliau berkata wujudnya kurang ketelusan, kecekapan dan kebertanggungjawaban dalam pemilihan DAP baru-baru ini.

Tan berkata DAP harus mengumumkan pembatalan keputusan pemilihan CEC yang tidak sah dan mengadakan satu pemilihan yang bau.

Bagi Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak pula, tindakan DAP meminda keputsan pemilihan CEC mereka setelah sekiran lama telah menyebabkan ramai ahli-ahli parti itu merungut dan mahu mengambil tindakan undang-undang sebagai jalan penyelesaian.

Sumber

No comments:

Post a Comment