Pages

Friday, 11 January 2013

Video: Respon Menteri Belia dan Sukan Isu Belia India Terpinggir


Teman rasa kenyataan YB Menteri Belia dan Sukan mengenai isu belia india terpinggir yang didakwa oleh sebuah laman portal cukup bermakna untuk menjawab segala tuduhan liar tersebut (CLICK HERE). The Kuala Lumpur Post pernah menerbitkan berita yang tidak bertanggungjawab dengan tajuk "Shabery Cheek Dan Razali Ibrahim Tidak Sanggup Menolong Belia India Malaysia. Kenapa?". Kenyataan yang mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah meminggirkan belia India dan mementingkan sektor sukan daripada pembangunan belia. Dakwaan Kuala Lumpur Post ini membuat berita berasaskan persepsi dangkal melalui liputan berkaitan sukan lebih banyak dari yang lain khususnya pembangunan belia. Teman nampak fitnah ini salah satu cara mahu menjatuhkan kredibiliti dan imej Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan seterusnya Kerajaan BN.

Teman dah jawab serba sedikit fakta untuk menepis tohmahan yang tidak berasas ini. (CLICK HERE). YB Menteri Belia dan Sukan, Dato Sri Shabery Cheek memberi respon yang mematahkan tuduhan dan dakwaan portal fitnah tersebut. Keratan Sidang Akhbar sempena Majlis Perasmian Bangunan Baru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dipetik wartarakyat.my


No comments:

Post a Comment