Pages

Thursday, 17 January 2013

Rita Rudaini Bergaduh Lagi Dengan Lisdawati?



Ini apa cerita artis nih! Tak habis-habis lagi ke bergaduh! Kalau ya pun, bawak la berdamai, kan elok. Ini kisah pelakon Rita Rudaini tidak membenarkan Pelakon Fauzi Nawawi suami ke pada Lisdawati berada di lokasi pengambaran darama bersiri Kerana Sarah. Pelakon Fauzi Nawawi menganggap tindakan aktres Rita Rudaini yang tidak mahu dirinya berada di set penggambaran drama bersiri Kerana Sarah sebagai tidak matang. Ish.ish. Gaduh lagi ke?


Lisdawati dan Rita pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka bergaduh dalam satu adegan di kolam renang ketika bersama membintangi drama Kau Yang Ku Sayang arahan Rashid Sibir, tujuh tahun lalu. Akibat kejadian itu, Lisdawati membuat laporan polis kerana mendakwa dicederakan Rita ketika penggambaran di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.


mStar Online melaporkan, suami kepada pelakon Lisdawati itu berkata, dia tidak faham dengan permintaan tersebut yang tidak membenarkannya berada bersama ketika penggambaran dijalankan.

“Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada,” katanya.

Fauzi bersama isteri, Lisdawati dan Rita terbabit sama dalam penggambaran drama arahan Murali Abdullah yang kini menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

Eh!Eh! Professional la sikit Rita ooii! Yang lepas, lepas la. Jangan la diungkit-ungkit lagi. Cuba lah berdamai dan cari jalan penyelesaian. Sebagai pelakon seharusnya bersikap matang dan professional dalam melakukan kerja-kerja pembikinan filem dan drama. Adehhh!!!

No comments:

Post a Comment