Pages

Tuesday, 29 January 2013

Ribuan Belia Meriahkan Majlis Himpunan Dan Santai Bersama Timbalan Perdana Menteri



Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching (KIRC) yang biasanya sunyi pada Isnin, bertukar meriah hari ini apabila dibanjiri ribuan belia dari sekitar Kuching bagi menyertai ‘Majlis Himpunan dan Santai Bersama Belia’.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir menyaksikan kemeriahan majlis selain memberi amanat kepada belia di negeri ini.

Turut sama, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri.

Terdahulu, ketibaan Muhyiddin dan kenamaan lain disambut oleh belia berpakaian kebudayaan suku kaum, nyanyian koir lagu IM4U, persembahan flash-mob, serta seni mempertahankan diri.

Muhyiddin dalam amanatnya mahukan gandingan kerjasama antara pemimpin dengan anak-anak muda dan belia di negeri ini sentiasa dipereratkan.

“Sebab itu saya nak mengajak belia bersama (menyokong) pimpinan di peringkat negeri dan di peringkat pusat kerana kita (kerajaan) tidak boleh buat kerja sendiri tanpa ada kerjasama yang rapat.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberikan perhatian istimewa kepada golongan belia di negara kita, kita ada dasar dan program yang ditumpu untuk bangunkan anak-anak muda, tujuan tidak lain supaya belia menjadi generasi masa depan negara yang berjaya,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau yang diiringi tetamu jemputan turut meluangkan masa melawat ke segmen-segmen aktiviti belia pada majlis berkenaan.

Antara segmen yang dilawati adalah futsal, grafiti, x-games, auto show, 3 on 3 basketball, sepak raga bulatan, serta demonstarasi masakan dan kemahiran.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment