Pages

Sunday, 27 January 2013

Penipuan Mazlan Aliman Didedah


Teman memang dah agak, Isu peneroka felda yang diwar-warkan oleh Mazlan Anak Beruk memang hanya mainan politik. Banyak tuntutan Mazlan Anak Beruk tak masuk akal langsung. Pengakuan peneroka felda sendiri menganggap Mazlan Anak Beruk ni seperti api dalam sekam dan seperti duri dalam dalam daging yang cuba merosakkan apa yang sedang dinikmati peneroka selama ini . Peneroka perlu bermuhasabah diri dengan kehidupan yang mereka miliki berbanding sebelum mereka menyertai Felda. Mazlan Anak Beruk ni hanya bermain politik demi kepentingan peribadi.

Ikuti pengakuan peneroka felda yang menceritakan segala-galanya.


KUANTAN - "Bagai menatang minyak yang penuh". Itulah ibaratnya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kebajikan peneroka di seluruh negara.

Bagi peneroka, pelbagai kemajuan yang dikecapi mereka selama ini daripada pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bukanlah omongan kosong.

Hasilnya, peneroka kini hidup dengan selesa dengan memperoleh pendapatan lebih RM3,000 sebulan berbanding keadaan ketika mula menyertai program Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dicengkam kemiskinan.

Bagi mereka, segelintir peneroka yang menentang kerajaan, ianya tidak ubah seperti "melepaskan anjing yang tersepit" yang tidak tahu menghargai bantuan yang telah diberikan kerajaan dengan bersikap "kacang lupakan kulit'.

Sejak Felda diasaskan pada 1 Julai 1956, bertujuan menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baharu dibangunkan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka, sehingga kini terdapat lebih 112,635 peneroka di seluruh negara.

Di Pahang sahaja, terdapat 43,124 orang peneroka, dan daripada jumlah itu 40,901 peneroka terlibat dengan penanaman sawit manakala selebihnya terlibat dengan penanaman getah.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Unit Korporat Felda, Aman Shah Alladin, keluasan penempatan dan ladang di tiga wilayah Felda di Pahang melebihi 185,000 hektar.

Beliau berkata sehingga akhir 2011, seramai 34,000 peneroka telah diberikan hak milik tanah, manakala selebihnya masih dalam proses pemberian hak milik tanah itu.

Mat Zahari Derahman, 55, Ketua Kampung Felda Bukit Goh, dekat sini, berkata para peneroka dilihat tidak mempunyai sebarang sebab untuk menentang kerajaan yang banyak berjasa kepada golongan itu.

Beliau yang menyertai Felda sejak 1970 berkata pelbagai bantuan dan program meningkatkan taraf hidup peneroka yang dilaksanakan kerajaan dan ianya tidak boleh dinafikan sama sekali.  

"Pelbagai inisiatif seperti pembiayaan pembesaran rumah tanpa faedah, pembinaan rumah untuk generasi kedua, program pendidikan untuk anak peneroka, program agropolitan, Tabung Kebajikan Peneroka, Skim Pinjaman Komputer tanpa faedah, skim insentif usahawan Felda, bantuan sara hidup tanama semula, bonus insentif produktiviti, dan terbaharu "durian runtuh", semuanya memberi manafaat besar kepada kami.

"Hidup perneroka kini ibarat "tikus jatuh dalam beras"," katanya.

Beliau berkata para peneroka perlu bermuhasabah diri dengan kehidupan yang mereka miliki berbanding sebelum mereka menyertai Felda.

"Apabila terdapat yang menentang seperti Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), ianya tidak ubah seperti "api dalam sekam", seperti "duri dalam daging", yang cuba merosakkan apa yang sedang dinikmati peneroka selama ini," katanya.

Generasi kedua Felda turut melahirkan rasa syukur berikutan kehidupan yang mereka nikmati sebenarnya lebih baik berbanding mereka yang menetap di kampung-kampung tradisional.

Beliawanis Felda Bukit Kuantan, Norehan Saleh, 28, berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pemberian durian runtuh semasa menghadiri perhimpunan bersama lebih 20,000 warga peneroka pada 31 Mac 2012 turut menyenaraikan generasi kedua sebagai penerima itu.

"Hari ini, kita berada di ambang satu lagi pembaharuan yang bersifat lonjakan berganda, bukan pembaharuan yang sedikit, bukan bantuan yang dikatakan sedikit peningkatan tetapi ianya satu lonjakan berganda yang dicetuskan oleh Perdana Menteri untuk faedah besar warga peneroka," katanya.

Beliau berkata usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad baru-baru ini merupakan satu lonjakan berganda untuk warga peneroka dalam menghadapi persaingan di peringkat global.

"Generasi kedua Felda bukanlah seperti "katak di bawah tempurung", kami juga bersedia untuk bersama-sama melaksanakan transformasi nasional negara," katanya.

Jasmi Faisal Muda, 31, dari Felda Kota Gelanggi 3 berkata setiap kemudahan diberikan Felda secara tidak langsung membantu golongan muda termasuk generasi kedua untuk berjaya dalam pelbagai bidang.

"Setiap peluang yang disediakan harus dimanfaatkan sebaik mungkin agar tidak disia-siakan. Peluang yang datang mungkin tidak dapat dikecapi oleh belia di bandar atau luar bandar yang lain.

"Saya rasa mereka yang menentang apa yang dilakukan kerajaan dalam meningkat taraf hidup kami sebagai anak peneroka ini, ianya tidak ubah seperti "tikus mahu membaiki labu," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment