Pages

Tuesday, 22 January 2013

Kakitangan Awam : Penetapan Gaji Maksimum Aka Diumum Feb


Mungkin berita baik pada penjawat awam. Teman pun tak tau sejauhmana pelaksanaannya nanti, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau ‘gaji mati’ pada Februari ini. Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.

Teman berharap berita baik ini disambut dengan hati terbuka penjawat-penjawat awam. Walaupun begitu produktiviti dan hasil kerja haruslah ditingkatkan hari demi hari. Kerajaan telah cuba sedaya upaya menjaga kebajikan penjawat-penjawat awam. Tetapi persoalan, sejauhmana kesetiaan penjawat-penjawat kepada kerajaan? Noktah!

No comments:

Post a Comment