Pages

Saturday, 5 January 2013

Pendaftaran BR1M Dilanjutkan Nak Bagi Peluang Ahli PAS Yang Muka Tak Malu


Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) yang sepatutnya berakhir 31 Disember lepas dilanjutkan sehingga 15 Januari ini dan tempoh bayaran ditetapkan bermula 2 Februari depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata tempoh lanjutan itu adalah bagi memberi peluang kepada golongan bujang berusia 21 tahun yang layak memohon mengemukakan permohonan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cakna Keselamatan Elektrik Bersama Penduduk Setempat di pejabat TNB Bachok di sini, Sabtu.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, September lepas, kerajaan mengumumkan BR1M 2.0 diperluaskan kepada mereka yang belum berkahwin berumur 21 tahun yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, layak menerima RM250.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata seramai 30 penduduk miskin di Jajahan Bachok layak menerima bantuan pemasangan pendawaian elektrik di rumah mereka.

Katanya ia adalah projek rintis sebelum diperluaskan ke jajahan lain di negeri itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment