Pages

Monday, 14 January 2013

Pelakon Jodie Foster Umum Lesbian, Gila ke Apa! Tak Malu!


Pelakon veteran dan penerima Anugerah Oskar dan GoldenGlobe sebanyak dua kali - Jodie Foster membuat pengakuan terbuka buat pertama kali dalam siaran secara langsung ke seluruh dunia di pentas Anugerah Golden Globe 2013 yang beliau adalah seorang lesbian.

Pelakon berusia 50 tahun itu berkata demikian ketika berucap menerima anugerah pencapaian sepanjang zaman Cecil B. DeMille.

Walaupun pelbagai spekulasi dalam media dilaporkan berhubung orientasi seksualnya tetapi Jodie tidak pernah bercakap secara terbuka apatah lagi di hadapan khalayak umum mengenai perkara peribadi seperti itu.

Namun begitu beliau telah memilih untuk membuat pengakuan terbuka di pentas Golden Globe apabila menerima anugerah sepanjang zaman itu.

Dalam ucapan semasa menerima anugerah tersebut, Jodie secara terbuka telah menyatakan yang dia kini adalah ‘single’ selepas berpisah dengan kekasih hati dan juga rakan sejiwanya selama 20 tahun iaitu Cydney Bernard.

Walaupun mereka telah berpisah tetapi Jodie menegaskan tanpa Cydney di sisinya, tidak mungkin dia dapat berada di atas pentas ini untuk menerima anugerah sepanjang zaman kerana sumbangannya dalam dunia perfileman dan juga televisyen.

Namun sebelum membuat pengakuan itu Jodie bergurau dengan berkata dunia hari ini menjangkakan yang setiap selebriti perlu membuat pengakuan terbuka mengenai kehidupan peribadi mereka sama ada di dalam satu siri realiti atau sidang akhbar di hadapan para wartawan.

“Tetapi saya telah menjadi selebriti sejak berusia tiga tahun dan tidak cukupkah itu sebagai satu siri realiti?,” tanyanya kepada para hadirin sambil menambah, “tapi tolong jangan menangis kerana siri realiti saya sungguh membosankan.”

Dan akhirnya beliau berkata; “Jika anda telah menjadi perhatian ramaisejak anda masih kanak-kanak lagi, mungkin anda akan menghargai apaitu yang dinamakan privasi...ia berada di atas segala-galanya.”

Jodie kemudiannya meneruskan ucapannya dengan mengucapkan penghargaan kepada Cydney Bernard, seorang pengurus produksi yang mana beliau sifatkan sebagai bekas pasangannya selama lebih 20 tahun dan bersama berkongsi tanggungjawab membela dan membesarkan dua orang anak lelaki.

Bapa kepada kedua-dua anak tersebut masih menjadi misteri dan rahsia hingga ke hari ini.

Jodie Foster memenangi Anugerah Oskar dan Golden Globe untuk PelakonWanita Terbaik pada tahun 1988 menerusi filem The Accused.

Beliau sekali lagi mengulangi pencapaian berganda itu menerusi filemThe Silence of The Lambs pada tahun 1991. (mStar Online)

No comments:

Post a Comment