Pages

Saturday, 12 January 2013

PAS Jadi Pencacai DAP dan PKR Didedah


Kesian teman tengok dengan Parti PIMP (PAS) ni. Macam dah kena ubat pengasih dengan DAP dan PKR. Punya teruknya Parti PIMP sampai mahu melutut belas kasihan DAP dan PKR supaya kekal dalam Pakatan Rakyat. Kesian..kesian.. Mengapalah PIMP ni tak sedar-sedar lagi diperguna-gunakan oleh DAP dan PKR. PIMP sanggup melacurkan agama demi diterima bersama DAP dan PKR. Apa sahaja yang dilakukan DAP hingga pelaksaan undang-undang Islam di Kelantan disanggah begitu teruk sekali, Parti PIMP macam terkecut telor akur menarik balik undang-undang tersebut. Malu la...

Antara parti dalam Pakatan Rakyat, Parti PIMP adalah yang terkuat yang meramai setiap acara perhimpunan songsang Pakatan Rakyat. Parti PKR hanya bermain dengan angka. Parti DAP tak nampak kelibat ahli-ahlinya di mana-mana. Tapi Hadi Awang masih mengulangi pendirian dan ikrar mereka untuk kekal bekerjasama dengan sekutunya daripada DAP dan PKR dalamPilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Cubalah fikir-fikirkan, Sekiranya Parti PIMP ni tak ada dalam Pakatan Rakyat, berapa kerat peserta yang boleh memenuhi kouta siri-siri perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat. Cuba lah jawab kalau berani..

No comments:

Post a Comment