Pages

Wednesday, 2 January 2013

RAKYAT SELANGOR PILIH BN, ANDA?



SHAH ALAM - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat, supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata selepas empat tahun, mereka kini sedar tembelang kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Beliau menarik perhatian BN sepakat dalam melaksanakan dasar dan agenda pembangunan negara, tidak seperti pakatan pembangkang dianggotai Pas-PKR-DAP.

"Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan pembangkang," katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di sini malam tadi.

Antaranya ialah isu air yang belum diselesaikan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhyiddin berkata, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku krisis air yang dijangka pada 2014.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kohilan Pillay dari Gerakan. - Bernama

No comments:

Post a Comment