Pages

Thursday, 10 January 2013

HOT: Melayari Facebook Waktu Pejabat Rasuah, SPRM Beri Kenyataan


Teman tertarik dengan isu yang dibangkit oleh SPRM sebelum ini yang mengatakan melayari facebook waktu pejabat itu satu bentuk rasuah. Kenyataan ini ditujukan kepada kakitangan kerajaan yang melayari facebook waktu pejabat. Kenyataan ini mendapat respons berbagai-bagai dari banyak pihak khususnya kakitangan kerajaan.

Kenyataan terbaru SPRM, melayari laman web sosial atau melibatkan diri dengan urusan peribadi ketika waktu bekerja ialah melanggar etika kerja dan bukannya satu bentuk rasuah.

Dalam menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataan media yang menggunakan namanya, Timbalan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sultan berkata beliau tidak pernah mengatakan bahawa melayari 'Facebook' pada waktu pejabat adalah satu bentuk rasuah. Sebaliknya, Sutinah berkata melibatkan diri dalam urusan peribadi merupakan satu tindakan 'curi tulang' yang bertentangan dengan etika kerja yang baik.

Teman yakin, kenyataan SPRM sebelum ramai yang terkeliru dan kenyataan terbaru ini dapat menyelesaikan persoalan berbangkit.

No comments:

Post a Comment