Pages

Friday, 4 January 2013

Akibat Degil, Padan Muka!



Sebanyak 506 majikan di Semenanjung Malaysia telah didakwa dan disabitkan dengan pelbagai kesalahan sepanjang tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Mohd Jeffrey Joakim.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 80 peratus majikan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 69 Akta Kerja 1955 berikutan kegagalan menjelaskan bayaran kepada pekerja.

"Bayaran itu termasuk tunggakan gaji, gaji ganti, notis penamatan perkhidmatan, faedah penamatan kerja, bayaran baki cuti tahunan dan lain-lain bayaran yang diperintahkan melalui Mahkamah Buruh," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Selain itu sebanyak 103 tindakan pendakwaan telah dikenakan mengikut Akta Pampasan Pekerja 1952 berikutan kegagalan majikan menginsuranskan pekerja asing yang digajikan dan gagal melaporkan kemalangan pekerja asing ke Pejabat Tenaga Kerja, katanya.

Beliau berkata selain kesalahan di bawah dua akta itu, beberapa kesalahan mengikut Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 turut direkodkan.

Jeffrey berkata sebanyak lima buah syarikat telah didakwa mengikut Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 kerana beroperasi tanpa lesen.

Katanya selain tindakan pendakwaan, sebanyak 461 kompaun telah dikeluarkanJTKSM kepada majikan yang didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Kerja 1955sepanjang tahun lalu.

"Daripada 461 kompaun yang dikeluarkan itu, 67 peratus daripada majikan dikenakan kompaun kerana gagal melaporkan penggajian pekerja asing dalam tempoh 14 hari dari tarikh penggajian.

"Sebanyak sepuluh peratus majikan pula dikompaun kerana gagal membayar gajidalam tempoh yang ditetapkan dan sembilan peratus lagi dikompaun kerana gagalmemberikan terma dan syarat perkhidmatan kepada pekerja," katanya.

Selain itu katanya mengikut statistik yang direkodkan sejak tahun 2010 sehingga kini, sebanyak RM1.47 juta bayaran kompaun telah dijelaskan oleh majikan.

Jeffrey berkata JTKSM menubuhkan satu pasukan penguat kuasa khas di setiapnegeri bagi tujuan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang perburuhan danmembanteras pelanggaran undang-undang. BERNAMA

No comments:

Post a Comment