Pages

Friday, 25 January 2013

Kehilangan William Yau Zheng Zhong : Keputusan DNA Akan Mengesahkan Identiti Mayat


Teman turut rasa bersedih bila kenyataan polis mengatakan mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya. Pilunya rasa teman. Siapa la punya kerja ni. Kejam sungguh manusia sekarang ni. Adakah manusia zaman sekarang ini berhati binatang.

Isu untuk megenalpasti mayat kanak-kanak tersebut sedang diusahakan oleh pihak polis melalui ujian DNA. Teman berharap Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong harus tabah menghadapi dugaan. Walaupun keputusan mungkin dapatkan mengesahkan identiti sebenar mayat kana-kanak, teman berharap keluarga dapat menerima dengan hati terbuka. Bukan mudah untuk menerima kehilangan seorang anak, namun hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Teman turut bersimpati..

KLANG: Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya, kata sumber polis pada Jumaat.

"Ia 50/50, mayat itu sudah reput. Tidak boleh beritahu sama ada terdapat parut (di dahi) atau tidak," katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa akan menunggu keputusan ujian DNA sebelum membuat pengecaman muktamad," katanya.

Post mortem telah diselesaikan dan pasukan forensik dari Bukit Aman dilihat meninggalkan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 1.30 petang.

Keputusan akhir ujian DNA akan mengambil masa selama beberapa hari.

Ibu bapa kepada Wlliam Yau Zhen Zhong yang hilang pada 16 Januari lalu diiringi keluar oleh polis kira-kira pukul 1.40 petang.

Mereka meninggalkan bilik mayat tanpa bercakap kepada pemberita dan ibunya dilihat menangis.

Mereka tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 11 pagi untuk memberi sampel bagi ujian DNA untuk membantu mengenal pasti identiti mayat dan diiring polis ke bilik mayat.


Terdahulu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Michael Chong yang tiba di hospital tersebut pada 10.10 pagi dilihat meninggalkan hospital sekitar pukul 10.55 pagi.

Beliau berkata akan membantu keluarga tersebut dengan apa jua cara yang mampu.

"Ia akan bergantung kepada situasi. Kami sudah bersedia membantu dengan apa-apa cara yang diperlukan," katanya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi keluarga tersebut pada malam Khamis dan ibu William yang tidak sihat, terkejut dengan berita tersebut.

"Dia asyik bertanya jika ada berita mengenai anaknya. Dia tidak menerima apa-apa berita daripada polis mengenai penemuan mayat dekat jeti di Sungai Sireh," katanya.

Beliau memberitahu ibu William supaya menunggu panggilan telefon daripada polis.

Tambahnya, ketika beliau menghubungi keluarga tersebut pada petang Khamis, bapa William berkata mereka berada di Melaka untuk berehat kerana ibunya tidak sihat.

Sementara itu, rumah keluarga tersebut di Shah Alam kosong kecuali seorang lelaki yang mendakwa saudara mara berada di situ. (mStar Online)

No comments:

Post a Comment