Pages

Sunday, 6 January 2013

Hazama Belum Bersedia Untuk Berkahwin



Penyanyi dan pelakon, Hazami Azmi menjelaskan dirinya masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

Hazam, 28, berkata, tumpuannya kini adalah kepada kerjaya seninya yang sedang meningkat naik selain perlu memikirkan soal lain sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

"Bukan senang nak kahwin tambahan pula saya belum bersedia dari segi kewangan dan masih banyak yang saya perlu perbaiki tentang diri saya," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Hazama, perkahwinan adalah satu institusi yang cukup mulia di sisi agama dan dia seboleh-bolehnya mahu mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Dalam pada itu, Hazama berkata, jika diizinkan dia bertemu jodoh, dia berhasrat untuk terus melangsungkan perkahwinan tanpa perlu bertunang kerana mahu mengelak rintangan yang terdapat dalam tempoh itu.

"Rasanya tak payah bertunanglah terus bernikah terus kerana itu yang wajib," katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Hazama berkata, dia kini sedang sibuk dengan proses rakaman album terbarunya yang kini dalam proses akhir.

Hazama berkata, ia bakal menggabungkan muzik rock dan alatan muzik tradisional Melayu seperti untuk memberikan kelainan pada album itu nanti.

"Saya yakin ia akan dapat diterima ramai kerana kelaianan yang ditampilkan dan sekarang saya sedang dalam proses terakhir rakaman album itu, " katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment