Pages

Tuesday, 22 January 2013

Guan Eng Lari Ikut Pintu Belakang


Sejak Guan Eng menimbulkan polemik isu penggunaan Kalimah Allah di Bible versi Bahasa Melayu tempohari, tiada respon dari Guan Eng. Dah berapa kali pendirian PAS berubah-ubah tapi Guan Eng senyap menikus sebab itu dia gantung ADUN Pulau Tikus.keh!keh!! Guan Eng dah jadi kecut. Sampai lari ikut pintu belakang. Adeehh!!! Ada berani, komen la!!!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengelak daripada wartawan yang cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai keputusan PAS menolak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Beliau terus beredar tanpa menghiraukan soalan wartawan selepas sidang media mengenai penafian penglibatan kerajaan negeri dalam penganjuran Penang Run 2013,di sini Isnin.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP tidak melayan soalan-soalan yang diajukan kepada beliau dan terus meninggalkan majlis di pejabatnya itu walaupun dipanggil berkali-kali oleh wartawan.

Isu kalimah Allah dibangkitkan oleh beliau dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Lim itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong parapemimpin pakatan pembangkang termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz NikMat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, PAS dan pemimpinnya termasuk Nik Abdul Aziz kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju atas alasan kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu malah Nik Abdul Aziz menyifatkan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain adalah mengarut.

Kenyataan Lim terus mendapat tentangan pelbagai pihak terutama PAS menyatakan tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah Allah walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta supaya ia dikaji semula.

Sementara itu, Lim juga enggan menjawab apabila seorang wartawan cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai demontrasi oleh sekumpulan individu yang mendakwa anggota dan penyokong DAP di Pusat Khidmat Air Putih, di sini Isnin.

"Biar mereka berhimpun....saya akan komen esok," kata Ketua Menteri.

Kira-kira 45 orang yang didakwa penyokong DAP dan Timbalan Ketua Menteri II P.Ramasamy menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan pengundian Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 15 Disember lepas.

Sekumpulan individu yang mendakwa penyokong dan anggota DAP dari beberapa kawasan telah mengadakan demostrasi selama tiga hari sejak Rabu dan Jumaat lepas di Butterworth dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk menggesa DAP mengadakan pemilihan semula CEC.

Sementara itu, Ramasamy ketika ditemui menafikan kumpulan yang berdemonstrasi itu adalah penyokong beliau.

"Penyokong saya tak akan buat macam itu...mereka akan tanya pandangan sayadulu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment