Pages

Wednesday, 9 January 2013

GEMPAR: Allah Adalah Yesus? Masyalllah!



Jika kome melihat gambar di atas dan mebacanya, teman rasa kome akan faham apakah perasaan teman dan mungkin perasaan umat islam yang lain. Kecualilah puak-puak PAS yang telah bersetuju penggunaan kalimah Allah digunakan oleh agama Kristian. Teman ingin mengutip satu pengalaman seorang sahabat facebook untuk dijadikan renungan buat umat Islam di Malaysia. Isu penggunaan Kalimah Allah yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat untuk digunakan pada Bible Versi Bahasa Melayu akan mengundang kekeliruan yang amat sangat sepertimana berlaku di Indonesia. Kome bacalah dengan berlapang dada. Cuba bayangkan bagaimana jika perkara tersebut berlaku di Malaysia.

Kalimah Allah - Belajarlah dari Indonesia

Aku cuma nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Pengalaman ini aku kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya.

Di Indonesia, kalau kita baca surat khabar sana nanti anda slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yg mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecil “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek kita dibuatnya ... wakakaka … mungkinkah ini akan juga terjadi dinegara kita ini dimasa akan datang ...?

Di Jakarta, kalau nak beli buku2 agama kena hati2 ... Aku dulu pernah survei buku kat kedai buku di Blok M ... Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” ... bila buka2 browsing per helai aku mula confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia ... Aku tengok balik lah ... ayat2 kutipan dari Bible ... terpinga2 aku dibuatnya … lahh, buku dakwah Kristian rupanya …. risau juga kalau jadi camni kat Malaysia, negara tercinta kita ini nanti ….

Di tengah tengah kota Bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan “rumah allah”… Aku percaya, macam2 lagi isu akan timbul lepas ni selepas Pas & Pkr merestui nama Allah ditulis dalam Bible itu ..... cuba hayati senikata lagu Agnes Monica ini ..... anda pasti akan faham ....


1 comment:

  1. Bila kepala jadi kaki sondol sama rasa semua tala.. maka menjadikan kalimah Allah sebagai free for all akan memudahkan lagi kegiatan nya.. sebab, semuanya sama rasa , sama tala, depan belakang sama je.. yang bangangnya si pencacai pencacai.. dapat apa? yang ada pun kena taji ..

    ReplyDelete