Pages

Friday, 25 January 2013

Emma Ma'embong Masih Berparti Liar?



Mungkin anda tertanya-tanya setelah melihat gambar di atas adakah Emma Ma’embong masih sama seperti yang dahulu selepas mengeluarkan kenyataan dia telah berubah lebih baik atau ada pihak sengaja sabotaj potensi beliau untuk menjadi pelakon wanita yang berjaya.

Tatkala ditanya soalan adakah Emma Ma’embong masih berparti liar, dengan penuh tenang gadis jelita ini menjawab bahawa apa yang dilihat itu adalah dirinya bersama peminat dan bukan bersama rakan-rakan.

“Kalau tengok ada orang pegang tin minuman keras itu saya sendiri tidak pasti, ketika berjalan-jalan di pantai ada peminat yang meminta untuk menangkap gambar bersama.

“Saya sebagai public figure takkan nak tolak benda-denda macam tu, saya sendiri tak sedar ketika itu ada orang yang pegang tin minuman keras.”

Menyambut tahun baru di Pantai Chenang, Langkawi, Emma Maembong menyifatkan apa yang terjadi itu hanyalah perkara kecil yang hendak diperbesarkan.

“Isu ini tidaklah besar mana, saya percaya apa yang saya buat dekat sana dan tidak kisah jika ada yang cuba provoke gambar tersebut.”

Selain daripada itu Emma turut memberitahu bahawa ketika di sana dia bukan seorang sahaja, ramai lagi artis yang ada di sana melakukan penggambaran.

Sumber

No comments:

Post a Comment