Pages

Tuesday, 1 January 2013

DURIAN RUNTUH SEKTOR SWASTA, SALAH UMNO LA NI



Berita baik buat pekerja-pekerja sektor swasta. Hari ini bermula gaji minimum RM900 sebulan melibatkan kira-kira tiga juta tenaga kerja swasta. Durian runtuh ini akan melibatkan lebih 500,000 majikan seluruh negara. Hebat ni weh! Pengumuman gaji minimum itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lalu, manakala kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.

Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Teman harap tak ada yang mengeluh. Bersyukurlah kerana Kerajaan dah sedaya upaya yang terbaik untuk rakyat. Tapi ada jugak majikan yang mohon penangguhan sementara terutamanya majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang pula diberi penangguhan hingga 1 Julai ini. Tak apa la. Pelan-pelan kaji dulu prestasi kewangan masing-masing. Jangan pulak cari alasan.Insentif kepada majikan dan banyak kerajaan beri. Jangan berdalih. Nanti UMNO jugak yang salah.

Teman berharap Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan pantau pelaksanaan skim gaji minimum ini. Jangan bagi peluang lama sangat, nanti pekerja marah dan Anwar China Doll ambil peluang. Demontrasi la jugak jadinya sebab dah jadi tabiat suka tidur tepi jalan. heee..

Mengikut Akta Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama, jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap pekerja sehari, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya. Hah! Kalau ada majikanyang berdegil, denda aje. Jangan bagi can. Kita tengok pulak macamana peguam-peguam Pakatan Rakyat cari duit  dengan majikan-majikan degil ni. heee..

No comments:

Post a Comment