Pages

Thursday, 17 January 2013

Dokumen Sulit Post Mortem PKR KL112 Didedah



Belia Bangkit BONGKAR!!!! Edisi Terhad!!!! Dokumen sulit hasil Post Mortem di Ibu Pejabat PKR di Tropicana berkenaan #HKR112 sedang beredar di laman sosial.

Satu perkara yang sangat bagus mengenai PKR adalah mereka sangat pantas dalam melakukan post-mortem tentang perkara yang mereka anjurkan. PKR memang tak tunggu lama. Budak-budak muda PKR memang jenis yang tak sabar. 

Mereka nak tahu sejauh mana #HKR112 sudah mampu merubah pola pengundian seperti yang mereka harapkan. Dalam bahasa mudah, pulang modal atau tidak? Terkejut dengan analisa Ketua Ekonomi Bank Islam (ahli PKR), bahawa PR hanya mampu menang 97 kerusi, mereka sedang merancang untuk memanggil Azrul untuk membentangkan analisa beliau kepada PKR.

Persoalan utama semasa sesi Post Mortem ini ialah, apakah HKR mampu menambah jumlah kerusi yang dimenangi PKR? Beberapa analisa awal yang diperolehi di HQ PKR adalah seperti berikut.

A. Sokongan Generasi Muda Statik 

B. Kegagalan PAS (500 ribu rakyat) 

C. Sikap Tenang Kerajaan Meresahkan

D. Kemenangan Total Propaganda Media Baru

E. Jawatankuasa PR Perlu Peneguhan

F. Anwar Masih Unifying Force

G. Political Traction Percentage 

Bagi perincian 7 perkara di atas, BB upload di sini dokumen yang diemailkan kepada BB oleh sumber yang berada semasa Post Mortem tersebut.

TU DIA!!!! Akhirnya PKR mengakui kegagalan PR bagi #HKR112. Dan PAS dituduh sebagai pihak utama menyebabkan kegagalan tersebut!!!!

Nampaknya Transformasi yang dibawa oleh DS Najib melalui Akta Perhimpunan Aman (APA) amat-amat memberi kesan dan diterima rakyat.

Ternyata rakyat sudah bijak untuk menilai dan membuat pilihan, mana yang baik dan mana yang buruk.

Usaha PR dengan menghantar golongan Mahasiswa diketuai Adam Adli selama 3 bulan ke Indonesia bagi mempelajari selok-belok demontrasi ternyata hanya SIA-SIA. Bukan setakat itu, PKR juga mengakui bahawa Adam Adli bukanlah IKON Mahasiswa yang mampu menarik rakan-rakan mahasiswa lain untuk bersama dalam perjuangannya. Adam Adli - KO!!!

Seterusnya, PKR mengakui taktik huru-hara yang dipraktikkan semasa Himpunan Bersin sebelum ini juga GAGAL digunakan semasa #HKR112.

Semuanya gara-gara pihak Kerajaan yang mengambil pendekatan mematuhi APA. Begitu juga pihak PDRM yang begitu profesional dan berdisiplin semasa mengawasi #HKR112. TAHNIAH PDRM!!! Unsur kebencian rakyat kepada PDRM seperti di Bersin sebelum ini juga GAGAL diwujudkan.

Tiadanya keihklasan dalam PR apabila DAP didapati terlalu "SELF-CENTRIC" dan bersikap tidak terbuka. Hah!!! Takkan baru nak sedar kot??? Dah lama dah....

Dan kesimpulannya :

#HKR112 GAGAL meningkatkan sokongan sedia ada kepada PR sepertimana yang diharap-harapkan.

BB : Terima Kasih Kepada Sumber Pemberi Maklumat.

No comments:

Post a Comment