Pages

Monday, 7 January 2013

WAJIB BACA:Saman Menyaman Pakatan Rakyat Terhadap Blogger


Teman ingin mengulaskan sikit tentang isu saman menyaman pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah menjadi resam sejak kebelakangan ini. Yang menjadi mangsa, blogger-blogger pro UMNO/BN. Jika silap sikit, terus je saman. Walaupun hanya sekeping gambar yang hanya menjadi latar sesebuah blog.

Terbaru, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu. Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini. Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang dengan sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Kes saman menyaman blogger ini bukan lah perkara baru, sebelum ini Husam Musa menyaman terhadap pengendali blog RBF Online, di mana akhirnya menyaksikan Husam tewas dalam saman berkenaan. Kemudian saman terhadap pengendali blog Kickdefella berhubung artikel yang menuduh Husam Musa sebagai seorang pembohong. Kes tersebut telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan masih lagi berjalan.

Lagi, Husam Musa menyaman pengendali blog papagomo kerana didakwa memfitnah hingga menyeret beberapa blogger pro-UMNO/BN yang lain ke mahkamah sebagai saksi. Teman difahamkan kes tersebut masih dalam perbicaraan.

Teman tak nak bincang siapa benar atau siapa yang salah kerana kes masih berjalan dan teman tak mahu dituduh pulak menghina mahkamah. Cuma teman ingin berkongsi pandangan tentang apa yang berlaku.

Pertama, sekiranya terjatuhnya hukuman bersalah terhadap blogger-blogger yang dituduh (kecuali kes Dr MIM kerana di selesaikan diluar mahkamah), maka kes-kes ini akan menjadi "KES RUJUKAN" untuk masa akan datang. Ini bermakna, akan ada lagi ramai blogger-blogger tak kira samada pro UMNO/BN atau pun pro Pembangkang diseret ke mahkamah. Sekaligus tidak terkecuali dengan pembaca-pembaca yang memberi komen-komen panas di blog-blog yang dimaksudkan. Termasuk juga pengamal- pengamal media-media sosial yang lain khususnya facebook dan twitter dan komentar-komentar pembaca. Harus diingat, pengamal-pengamal media yang dimaksudkan adalah menggunakan nama-nama "Anonymous".

Cuba bayangkan berapa ribu dan puluh ribu rakyat Malaysia akan disaman dan dijatuhkan hukuman. Mungkin setiap hari akan ada sahaja kes saman terhadap pengamal-pengamal media sosial di Malaysia. Hingga sampai semak berita-berita di media arus perdana.

Kedua, perjuangan kebebasan bersuara dan media oleh Pakatan Rakyat hanya menjadi laungan palsu yang tidak mendatang apa-pa makna. Kerajaan BN yang sering dikecam dan difitnah kerana menghalang kebebasan bersuara dan media seperti canang-canang Pakatan Rakyat. Akhirnya, Pakatan Rakyat sendiri yang menghalang untuk rakyat mengamalkan kebebasan bersuara.

Fikir-fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment