Pages

Saturday, 15 December 2012

PANAS: MUSTAFA ALI BANTAH ANWAR JADI PERDANA MENTERI



Uiks! Macam mana ni!  Kata dah ada keputusan konsensus dalam Pakatan. Eh! Eh!  Biar betul!  Kalam macam gini boleh melepas la cita-cita Anwar Cina Doll nak jadi Perdana Menteri.  Bukan ke hari dah setuju! Hari ni cakap lain pulak!  Betul kome ni pembelit, mengalahkan ular lagi.  semuanya kome nak belit.  DAP cakap lain, PAS cakap lain, PKR lagi la pulak, jadi lalang je la.  Ikut mana yang kuat.  Parti apa namanye ni, parti camarba.  Orang macam gini kome nak percaya ke?  Kuat penipu nye.  Jangan tertipu dengan taktik kotor Pakatan Rakyat hanya nak mendapat undi simpati. 

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata calon yang layak dipilih sebagai perdana menteri dalam pakatan pembangkang hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan rayaumum ke-13 kelak.

Beliau berkata, calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

"Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, Sabtu.

Mustafa diminta mengulas pandangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Karpal Singh berkata demikian dalam ucapan aluannya pada kongres itu.

Mustafa berkata, PAS masih belum boleh memberi kata putus berhubung perkaraberkenaan dan tidak pasti sama ada sokongan Karpal itu merupakan pendirian DAP. - BERNAMA

DAP PARTI DOMINAN PAKATAN RAKYAT DIDEDAH



Kalau dah gila kuasa tu, memang la terbuka jugak akhirnya.  Cita-cita DAP untuk menguasai dan memerintah Malaysia secara sendirian tanpa parti-parti pakatan yang lain terdedah.  Desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada pilihanraya umum akan datang.  Hah!  Dah nampak tembelang DAP sebenarnya.  Sasaran tambahan 3 kerusi Parlimen da 10 kerusi DUN di Semenanjung akan mengorban beberapa kerusi PAS dan PKR.  

Teman yakin, kerusi-kerusi yang diintai tersebut mempunyai bilangan pengundi 50/50 kaum Melayu dan Cina ataupun yang paling hampir.  Mungkin kome dah boleh mengagak-agak kerusi Parlimen yang mana diidamkan DAP.  Dalam pilihanraya umum 2008, DAP menang 28 dari 47 kerusi Parlimen yand ditandingi, PAS menang 23 kerusi dari 66 yang bertanding sementara PKR menang 27 kerusi dari 97  yang bertanding (ditolak dengan 4 Ahli Parlimen yang keluar PKR).  Bermakna ada kerusi PAS atau PKR yang akan terkorban.  Cerdik betul DAP ni.   Cuba lihat keseimbangan kerusi antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.  Parti mana yang menguasai?  Sudah tentunya DAP yang nampak dominan.  Jika ditambah dengan 3 kerusi tambahan seperti diminta, sudah pastinya DAP akan menjadi yang lebih dominan dan jadi parti penentu keputusan dalam Pakatan Rakyat.  Sudah pastinya, jika berjaya menawan Putrajaya, Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri..Melopong la weh!.

GEORGETOWN: DAP berharap kesetiaan mereka dalam pembangkang akan diiktiraf dengan membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang. 

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata DAP mensasarkan tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung. 


"Kita (DAP) terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada PAS dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang," katanya. 

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Setiausaha Agung pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di sini, sebentar tadi. UTUSAN

RELAXS: CLICK LIKE if you are a Strawberry lover!

Relaks and release your stress.  CLICK LIKE if you are a Strawberry lover! Kome LIKE la banyak-banyak.  Teman suka bangat nih! Jangan mare ek nanti cepat tua!  Tak pun kena jual..heeee..peace..

SAH: PAKATAN RAKYAT FITNAH


Rasanya Pakatan Rakyat tak akan puashati walaupun dan kantoi menipu.  Isu pembuangan sisa Kilang Lynas diwar-war oleh deme ni akan buang kat merata tempat di Malaysia.  Weh! Berapa kali nak cakap weh!  Keputusan dah dibuat semua sisa akan dibawa keluar dari Malaysia.  Kerajaan dah kenakan syarat-syarat ketat kepada Kilang Lynas ni. Kome ni kalau nak menipu pun bior le bertempat weh!  Kan dah kantoi!  Apa lagi kome nak spin!

KUALA LUMPUR: Kerajaan bertegas dengan pendiriannya tidak membenarkan sisa daripada kilang Lynas Advanced Materials Plant di Taman Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, ditinggalkan dalam negara ini.

"Itu adalah keputusan Kabinet. Keputusan Kabinet adalah semua sisa perlu dibawa keluar dari negara," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata tiada perubahan dalam pendirian kerajaan meskipun terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa pengeksportan sisa toksik tidak diperuntukkan dalam lesen operasi sementara yang diberikan kepada syarikat perlombongan Australia itu. 

Laporan-laporan tersebut mendakwa Lynas tidak disyaratkan untuk menukar sisa buangan menjadi produk komersil dan ia adalah secara sukarela.

"Kami ingin menekankan bahawa apa juga syarat-syarat dalam lesen itu, sisa buangan memang tidak dibenarkan ditinggalkan dalam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dokumen bagi perkongsian bioperubatan antara Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd dan pelbagai pihak.

Liow berkata sekiranya Lynas gagal mematuhi keputusan itu lesen yang diberikan kepada mereka akan ditarik balik. 

Beliau juga berkata lesen operasi sementara bagi Lynas disiarkan di laman web Lembaga Perlesenan Tenaga Atom pada 8 Sept untuk dilihat oleh orang ramai. - Bernama

MENYAMAR SEBAGAI RATU ELIZABETH II, DEEJAY RADIO DIANCAM BUNUH



SYDNEY, Australia – Dua penyampai stesen radio 2Day FM, Mel Greig dan Michael Christian menerima ancaman bunuh selepas mereka menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles, kata polis semalam.

Sebagai reaksi segera, pihak pengurusan stesen itu dilaporkan telah memindahkan beberapa orang kakitangan ke tempat yang lebih selamat.

Ugutan itu diterima selepas inkues bagi menyiasat kematian jururawat yang menyambung panggilan kedua-dua penyampai radio itu, Jacintha Saldanha, 46, diberitahu kelmarin bahawa dia ditemui menggantung diri di kediaman Hospital King Edward VII di London.

Inkues yang berlangsung di Mahkamah Koroner London itu tidak dihadiri oleh suami Saldanha dan dua anaknya tetapi perbicaraan kes berkenaan disambung pada tahun depan.

Saldanha ditemui mati pada 7 Disember lalu, tiga hari selepas menyambung panggilan kepada rakan setugasnya yang mendedahkan berita mengenai tahap kesihatan isteri Putera William, Kate Middleton.

Kate sebelum ini dilaporkan loya ekoran kehamilannya dan di dirawat di hospital tersebut selama empat hari.

William ialah cucunda ratu tersebut.

Saldanha yang berketurunan India turut mempunyai kecederaan di pergelangan tangan dan meninggalkan tiga keping nota.

Polis Australia telah melancarkan siasatan ke atas ugutan bunuh itu selepas kandungan sepucuk surat menyatakan terdapat sebutir peluru ditujukan kepada Christian diperoleh.

Surat ugutan itu diperolehi akhbar Daily Telegraph.

Perbadanan Penyiaran Australia menyatakan kakitangan syarikat induk stesen radio 2Day FM, Southern Cross Austereo telah menerima pelbagai ugutan sepanjang minggu ini.

“Polis sedang melakukan siasatan berhubung ugutan yang dibuat terhadap kedua-dua penyampai radio itu,” kata jurucakap polis New South Wales.

“Para detektif polis merampas beberapa pucuk surat ugutan. Mereka sedang menjalankan siasatan dan sedang cuba mengenal pasti dari mana datangnya surat-surat itu,” tambahnya.

Akhbar tersebut melaporkan, berpuluh-puluh kakitangan di syarikat penyiaran itu telah dipindahkan ke sebuah hotel disebabkan faktor keselamatan dan kira-kira 10 eksekutif dikawal seorang pengawal peribadi.

Kedua-dua penyampai radio itu kini menjalani sesi kaunseling selepas kejadian tragis itu.

Stesen radio itu sebelum ini turut berjanji untuk menyumbang wang sebanyak AS$523,600 (RM1.6 juta) bagi membantu keluarga jururawat tersebut.

Bagaimanapun, seorang ahli parlimen Britain, Keith Vaz menyatakan bahawa pihak radio tersebut masih belum memberi bantuan yang secukupnya untuk membantu keluarga jururawat berkenaan. – Agensi

Sumber

FARID KAMIL TAK BERANI BUAT KENYATAAN, DAVID TEOH PUSING KENYATAAN


Farid Kamil masih lagi membisu.  Ye le. Tengah honeymoon tuh!  Isu pakaian pengantin menyerupai uniform pasukan keselamatan menjadi suram sedikit. Petikan daripada Malaysia Digest isu pelakon Farid Kamil menggayakan pemakaian istiadat ketenteraan ketika majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini akan ditangani majikannya, Metrowealth International Group (MIG), dalam masa terdekat ini.  eh!  MIG pulak nak jawab ke apa?  Kenapa pulak Davis Teoh nak pergi selesaikan nih! Musykil!

Teman nak petik sedikit kenyataan David Teoh, "aspek pakaian bukan di bawah bidang kuasanya, tetapi mengakui hanya menjadi perantara antara pihak pengantin dan ATM".  Pada masa sama David tidak mahu menyesali apa yang sudah berlaku kerana setiap kesilapan boleh diselesaikan, jika kena dengan caranya.

Halo! Apa cerita nih!  David Teoh jadi perantara antara Farid kamil dan ATM,..ok fine! Tapi kenyataan ATM tempohari tiada pun permohonan yang dibuat baik dari Farid Kamil, atau David Teoh.  Macamana nih!  Ini kenyataan ATM di mStar Online pada 11 Disember 2012,
Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar,”

Ini pun mau berlakon jugak ke apek!  Lepaih tu, teman tertanya-tanya pulak kenyataan David Teoh yang berkata setiap kesilapan boleh diselesaikan, jika kena dengan caranya.  Ada apa-apa makna ke?  Semacam je bunyinye.  Jangan macam tu la apek.  Ini undang-undang la.  Orang lain sudah kena denda dan penjara pasai ini macam punya keleje.  Lu mau selesai apa cala la apek!








BREAKING NEWS : ANWAR IBRAHIM BERGEGAS KE ISRAEL



BAITULMAQDIS 15 Dis. - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman yang juga Timbalan Perdana Menteri meletak jawatan semalam selepas didakwa atas tuduhan penipuan dan pecah amanah, tindakan yang mampu memberi kesan kepada kempen pilihan raya bulan hadapan.

``Saya telah memutuskan untuk meletakkan jawatan saya sebagai Menteri Luar dan Timbalan Perdana Menteri supaya saya dapat menghentikan perkara ini dengan segera sekali gus membersihkan nama saya,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Undang-undang Israel semalam berkata, ia akan mendakwa Lieberman atas dakwaan penyelewengan berhubung kenaikan pangkat seorang diplomat Israel yang telah membocorkan maklumat tentang satu siasatan polis mengenai aktivitinya.

Dakwaan lebih serius termasuk penggubahan wang haram dan rasuah yang kemudiannya digugurkan, namun Lieberman tetap memutuskan untuk meletak jawatan.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada Lieberman akan bertanding pada pilihan raya umum 22 Januari hadapan walaupun media Israel mendakwa beliau akan tetap bertanding sekiranya kes berjalan.

Parti sayap kanan Lieberman, Yisrael Beiteinu dan Parti Likud yang diwakili Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah membentuk pakatan menjelang pilihan raya itu dan dijangka akan memenanginya.

Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri berkata, Netanyahu akan memegang jawatan Menteri Luar Israel sehingga pilihan raya. - REUTERS

Kim Hyung Jun Jumpa Pereka Fesyen Terkenal Malaysia



Melalui akaun sosial Twitternya (pada 12 Disember), penyanyi Kim Hyung Jun berkongsi sekeping gambar berserta mesej, "En. JIMMY CHOO, terima kasih banyak. selamat tahun baru dan selamat hari krismas. jumpa anda tahun depan".

Dalam gambar tersebut menunjukkan bekas anggota kumpulan SS501 ni bersama pereka fesyen terkenal bertaraf antarabangsa, Dato' Jimmy Choo yang sambil sedang memengang album terbaru penyanyi itu, siap dengan tandatangannya sekali! Dan sebagai balasan, Hyun Jun menerima 'special sketch' daripada Jimmy Choo. 

Hyung Jun berjumpa dengan pereka kasut kebanggaan Malaysia ini sewaktu memenuhi undangan di majlis makan malam sempena “2012 Malaysia Model Festival Awards” yang diadakan di Hotel JW Marriot Putrajaya, pada 11 November lalu. Hyung Jun hadir mewakili negara Korea untuk sempena acara festival tersebut.

Alang-alang jumpa, mungkinkah ada kolaborasi atau projek istimewa yang akan dilaksanakan oleh mereka berdua nanti di sini? Kita nantikan saja. Tapi kalaulah benar, lepas ni nampak gaya keraplah Hyung Jun berulang-alik ke Malaysia. Suka lah peminat mendengarnya...



HOT MEMBARA: KARPAL BAGI KATA DUA PADA GUAN ENG "OVER MY DEAD BODY"


Teman memang suka yang ni! "Over My Dead Body".  Kata-kata Karpal satu ketika dulu mengenai isu Hudud yang nak dilaksanakan oleh PAS.  Kali ni berbeza tempat dan suasana. Kali ini dirumah sendiri di Konvesyen Kebangsaan ke-16 DAP pada 15 dan 16 Disember di Pulau Pinang. Ura-ura Karpal Singh akan digulingkan menjadi buah mulut.  Karpal Singh sendiri mengakui rancangan sulit sebilangan pemimpin DAP yang ingin menjatuhkannya.  Teman nak kata kat Karpal Singh, mike dah tak ada tempat dalam DAP tu.  DAP anggap mike duri dalam daging asyik membuat kenyataan suka-suka hati mike je.

Teman rasa DAP sendiri dapat nak buang sesiapa yang "bukan dari kalangan DAP".  DAP ni Parti satu bangsa.  Parti komunis.  Terimalah hakikat.  Kena faham la.  Mike diletakkan kat situ supaya jadi barua je.  Serupa jugak beberapa ekor Melayu yang diletak memegang jawatan dalam DAP Kebangsaan.  Saje nak buat tangkal dan umpan supaya rakyat nampak DAP sebagai parti berbilang bangsa.  Jangan la nak kelentong sebab nak raih undi, sebab nak perintah Malaysia secara sendirian.  PAS jadi Pak turut dan PKR jadi bahan ketawa DAP.  Bila dah dapat apa yang deme nak, deme ni akan buang sesiapa sahaja yang "bukan dikalangan DAP".  Faham-faham sendiri..

Shah Rukh Khan Kagum Dengan Tun Mahathir



Aktor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan mengakui dia kagum dengan cara dan falsafah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan negara.

Shah Rukh Khan berkata, dia sering mengikuti falsafah Mahathir yang memandang sesuatu perkara 'di luar kotak' dalam setiap keputusan atau perancangan yang dilakukan.

"Saya mula mengenalinya sejak 15 hingga 20 tahun yang lalu.

"Sejak mengenali Mahathir hidup saya lebih bermakna kerana beliau umpama mentor dan inspirasi buat diri sendiri.


"Falsafah yang dimiliki oleh beliau (Mahathir) amatlah luar biasa dan saya sering cuba mengikut cara dia berfikir dalam melakukan sesuatu perkara," katanya kepada mStar Online.


Shah Rukh ditemui selepas meraikan ulang tahun Mahathir ke-87 yang dianjurkan jenama sut lelaki, Lord's Tailor di Hotel Le Meridien, dekat sini pada malam Jumaat.

Aktor yang merupakan tetamu khas pada majlis tersebut turut menghadiahkan lagu ulang tahun 'belated birthday' dan Kuch Kuch Hota Hai kepada Mahathir yang ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.


Pada majlis tersebut, Shah Rukh berkata, bapa pembangunan negara itu merupakan sahabat karibnya dan dia akan memastikan untuk berjumpa dengan beliau beberapa kali dalam setahun.

Sementara itu, Mahathir yang menyambut hari lahirnya pada 10 Julai lalu berkata, dia gembira apabila aktor tersebut sanggup menghadiri majlis tersebut.

"Terima kasih Shah Rukh kerana sanggup terbang dari London, England untuk bersama dengan saya.

"Kalau nak tahu rahsia untuk kekal awet muda, kita kena sambut hari lahir dua kali setahun macam saya. Baru dapat hadiah banyak," selorohnya ketika memberikan ucapan.

Seramai 200 tetamu daripada kalangan orang kenamaan dan selebriti diundang ke majlis sambutan tersebut.

Antara selebriti yang hadir ialah Umie Aida dan suami Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Esma Daniel dan isteri, Eja dan suami, Sofea Jane dan Fizz Fairuz.

Penyanyi Amanda Imani dan Datuk Yusni Hamid menghiburkan tetamu dengan iringan muzik Datuk Mokhzani Ismail.



Nelydia Senrose Belum Ada Kekasih, Ada Aku Kesah?


Hah! Lawak giler.  Tak payah kome nak cerita-cerita pasal cerita-cerita privasi ni sangat.  Teman rimas le.  Kome cerita la pasal kemajuan industri muzik tanahair, pembikinan album ke atau filem dan drama.  Itu yang penting.  Baru la industri muzik dan perfileman di Malaysia disegani.  Tak akan cerita dalam kelambu pun dah dedah kat orang. heee..Ini kisah pelakon muda Nelydia Senrose mengakui kesibukan dengan kuliah dan jadual lakonan menyebabkan dia tidak mempunyai waktu untuk mencari kekasih.


Dipetik dari mStar Online “Saya belum ada kekasih kerana setiap hari saya akan sibuk dengan pengajian dan hanya berjumpa dengan rakan-rakan kuliah sahaja.

“Ketika cuti semester pula waktu saya terisi dengan jadual penggambaran. Saya hanya bergaul dengan para pelakon dan krew di lokasi dari siang sampai ke malam jadi masa bila hendak berkenalan dengan orang-orang lain?

Ish..Ish.. Cuba le cerita bab lakonan mike aje udah le..Tak payah nak cerita selain daripada tu!  Tak kan mike nak cerita spender warna apa mike pakai kot!  Agak-agak la!  Teman nasihat elok mike tumpu je pelajaran tu!  Sambil-sambil tu kalau ada masa, berlakon la.  Tak apa, pasal mike dah minat.  Tapi pastikan pelajaran diutamakan.  Mike ada muka komersial.  Boleh laku der!  Ada je Datuk-Datuk tengah mengintai mike ni.  tapi kalau mike kahwin, jangan buat macam Farid Kamil udah le..Gempak gitu!heeeee..

HOT: JULIA PEREZ DIPENJARA 3 BULAN


Teman lagi terkejut.  Julia Perez aka Jude ni kena penjara 3 bulan kerana bergaduh dengan aktres Dewi Perssik pada November 2010.  Weh oii!  Julia Perez ni gangster rupanya.  Industri perfileman Malaysia pun dia kutuk, patut la.  Elok sangat la Zed Zaidi bantai dia ni sungguh-sungguh.  Lepaih tu masuk Malaysia secar haram pulak tu!  Weh! mana ada class! 

Menurut laporan mStar Online Keputusan Mahkamah Agung di sini pada Jumaat menetapkan aktres seksi Julia Perez (Jupe) dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan dalam waktu terdekat susulan kes pergaduhannya dengan aktres Dewi Perssik pada November 2010.

“Keputusan perbicaraan menetapkan hukuman penjara tiga bulan. Hakim juga memerintahkan tertuduh (Jupe) segera dipenjarakan,”

Hah! Duduk la kat penjara tu puas-puas.  Main la twitter kat penjara tu.  Itu pun kalau deme bagi le.heeee..

PANAS: ADAM ADLI JADI CALON PKR


Wah! Ini bikin panas lagi ni. Mahasiswa dah boleh bergiat aktif dalam politik diluar kampus.  Sudah baik!  Banyak nama-nama Mahasiswa yang yang kaki reban dah jadi hero Pakatan Rakyat.  Dah pasti, deme pun nak jadi calon.  Rasanya lagi pening Anwar China Doll nak pilih.  Menurut laporan Bernama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bebas melibatkan diri dalam aktiviti parti-parti politik di luar kampus termasuk menjadi calon pilihan raya umum.  Ini berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan penglibatan mahasiswa secara langsung dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.

Teman pun tak kisah kalau deme yang kaki reban ayam ni nak jadi calon atau bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13.  Suka hati deme le.  Tapi teman nak tanya jugak, ada ke orang nak pilih kome jadi calon?  Sunat pun belum lagi nih!  Kalau ye jadi calon pun, kome boleh menang ke?  Ada ke orang nak undi kome.  Undi teman "No Way".  Tak nak teman.  Nanti dijualnya negara demi jilat punggung Anwar China Doll tuh!  Takut teman.heeee...

DEDAH: JULIA PEREZ PENDATANG HARAM RUPANYA!



Teman begitu mengikuti cerita Zed Zaidi dengan Julia Perez aka Jupe sejak deme ni bergaduh dalam twitter.  Presiden Seniman, Zed Zaidi telah mendedahkan sesuatu yang tergempar tentang Julia Perez.  Rupa-rupanya kemasukkan Julia Perez aka Jupe ke sini bagi menjalani penggambaran filem di  sini sebenarnya tanpa permit.  Biar bebenor yop!

Di dalam Twitternya Zed menulis;


 
 


Sejak beberapa hari lalu pelakon seksi itu berada di sini bagi membintangi filem terbaru arahan pengarah Murali berjudul Sumpahan Malam Pertama dan penggambaran dijalankan di Pulau Pinang.

Nama Jupe semakin panas dan menjadi bualan ramai peminat Malaysia ekoran status di Twitternya yang mengkritik kualiti drama Malaysia. Lantas tercetusnya perang di antara dia dan Zed kerana masing-masing saling berbalas dengan kata-kata pedas.

Okay, kalau sudah kemasukan Julia Perez ke sini tanpa permit, seharusnya pihak produksi filem Sumpahan Malam Pertama juga harus bertanggungjawab mengenai hal ini dan mungkin boleh dikenakan tindakan tegas ke atas mereka. 

Sebagai pelakon, kalau sudah ditawarkan berlakon apatahlagi boleh jadi ditawarkan pula dengan bayaran lumayan tentunya Jupe tidak menolak. Dan urusan membawanya masuk ke sini seharusnya atas tanggungjawab pihak yang mahu membawannya ke sini, bukan?

Setakat ini Zed tidak pula memberitahu sama ada pihak produksi filem berkenaan akan dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak Seniman sendiri. Namun Zed memaklumkan yang pihak pengawai Finas akan datang membuat serbuan di lokasi penggambaran di Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Sumber

EDISI KANTOI BLOGGER PAKATAN, KAN DAH KENA SEBIJIK!


Teman kadang-kadang naik gelak dengan cai-cai Blogger Pakatan Rakyat ni.  Isu-isu yang ditimbulkan hanyalah berbentuk persepsi dan rekaan semata-mata.  Ye le.  Memang la tujuan cai-cai Blogger Pakatan Rakyat ini hanyalah untuk menimbulkan persepsi rakyat di alam siber.  Tapi kadang-kadang jadi lawak pulak pun ada.  Hakikatnya, boleh dijadikan bahan lawak semata-mata.  Sekadar hiburan alam siber tak lebih dari itu.  Teman orang baru dalam alam siber ni, dan teman tak berniat nak bermusuh dengan sesiapa.  Tapi cuba la bagi fakta yang bernas sikit.  baru la orang respect.  Tak gitu!


Ini ada satu Blog malaysianwaves.net yang mencabar untuk DS Najib untuk berdebat dengan Anwar China Doll atas 10 alasan-alasan seperti di atas.  Teman rasa kome pun boleh jawab 10 soalan tu, tak payah suruh DS Najib berdebat pun.  Teman rasa nak jawab tapi dah ada Anonymous yang tukang jawab, kira dah ok la tu! Kome baca la jawapan Anonymous yang mengomen entry blog ini.  Cukup simple, tepat dan berkesan.




Friday, 14 December 2012

PANAS : PAKATAN RAKYAT HINA SULTAN SELANGOR



Teman sedih jugak.  Kemaruk sungguh politik Pakatan Rakyat hingga Raja-Raja Melayu dihina sebegitu rupa.  Agenda untuk menjatuh dan mencemarkan imej Raja-Raja Melayu sering digunakan Pakatan Rakyat supaya dapat menimbulkan kebencian rakyat kepada Raja-Raja Melayu.   Itulah cara komunis yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.  Strategi Pakatan Rakyat begitu licik menggunakan orang-orang awam dan blogger cai yang dibiayai atas asas kebebasan bersuara.

Teknik dan strategi menggunakan "test and drive" adalah salah satu "Grand Design" Pakatan Rakyat bagi mengaburi mata rakyat sendiri.  Dalam tak sedar, isu-isu yang dibangkitkan hanyalah sebagai percubaan untuk melihat respon rakyat.  Sekiranya mendapat sambutan yang baik, isu ini akan dipick-up oleh pemimpin-pemimpin tertentu untuk dijadikan hero.  Dengan cara begini sahaja untuk menyelamatkan pemimpin atau parti daripada tidak terjebak dengan isu-isu menjerat diri.

SHAH ALAM 14 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita apabila terdapat pemimpin politik dan portal berita serta laman blog telah memanipulasikan titah baginda dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu mengenai baginda sangat benci mendengar orang menuduhnya merupakan orang UMNO.

Baginda difahamkan kesal dengan tindakan tersebut kerana kenyataan dalam wawancara berkenaan tidak dilihat secara keseluruhannya sebaliknya diputarbelitkan untuk kepentingan sesetengah pihak.

Sedangkan dalam wawancara tersebut, Sultan Sharafuddin menjelaskan niat ikhlas baginda dalam memberikan nasihat terutama membabitkan isu-isu melibatkan perpaduan orang Melayu dan kepentingan agama Islam namun sering kali baginda ditohmah sebagai orang UMNO. - UTUSAN

DEDAH; ABBY ABADI TAK PERNAH BELAJAR AGAMA


Teman rasa lepaih ni Ustazah Segera Abby Abadi jadi mereng. Tak pun gila isim.  Kome tau tak gila isim tu?  Gila isim tu gila agama akibat bergurukan pada buku semata-mata.  Hanya asaskan buku-buku nak belajar Islam boleh menyesatkan.  Kalau belajar dengan hanya berasaskan buku-buku ni guru kita adalah Syaitan Laknatullah.  Ini ada satu budak facebook yang tegur Abby Abadi dalam facebook. 

Budak dalam facebook ni pertikai kat mana Abby Abadi ni belajar agama.  Ada teguran mengenai Abby Abadi menulis dalam twitter mengenai bab hadis.  Persoalan yang timbul, dimana Abby Abadi mendapat maklumat tersebut.  Teman pun tak pasti yang mana satu.  Tapi yang disebut oleh budak facebook ni, yang menegur Abby Abadi tu budak tahfiq.  Budak facebook ni tertanya-tanya tak pernah jumpa pun Abby Abadi dalam apa-apa majlis ilmu yang dia hadiri.  Begini le dik, bior le teman cakap kap mike, Abby Abadi ni belajor dengan Nik Aziz.  Ilmu dia tinggi weh! Sampai boleh kurniakan orang lain syurga.  Jangan pertikaikan Abby Abadi ni weh! Ahli syurga dah tu!heeee..

EDISI KANTOI DR ASRI: SAH LA MENIPU!


Teman tau nak kata apa.  Teman ni kalau orang bergelar ustaz atau ustazah ni, teman memang respect tapi tengok keadaan la jugak.  Kalau dah merepek tak tentu hala, teman pun bantai!  Kalau cakap pun dah "diluar tabii" memang la teruk teman kerjakan.  Ini lagi edisi kantoi Dr Mohd Asri @ realDrMAZA mengenai perjumpaan beliau dengan Anwar China Doll yang beliau nafikan, buat derk je ustaz ni..

Ini twitter Dr Maza yang kantoi.  Geng Pena Minang ni nakal la! Sian tengok ustaz.  Kan dah kena block..heee..peace..  Dalam twitter Dr MAZA nafikan tapi bukti video yang mengaku ada berjumpa dengan Anwar China Doll dah berselerak.  Macamana tu ustaz?eh!eh! Ustaz, tak baik tau main konar-konar.  Dosa ustaz weh!Kome tengok la video pengakuan Dr Asri ni..Kome nilai la..




DESAK DR ASRI MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA


Edisi kantoi Dr Asri lagi.  Sebelum ni teman ada mendedahkan kisah kantoi Dr Maza menuduh semua orang yang mengkritik dia ni sebagi ahli ILMU atau Ulama Muda UMNO dan UFB.  Teman sendiri pun dah bukak cerita sebenar siapa yang dituduh Dr Maza sebagai ahli ILMU tu.  Antara yang dituduh Blogger Pena Minang.  Akhirnya Ustaz Dr Fadzlan Mohd Othman dari ILMU dan Pena Minang telah membuat kenyataan menafikan fitnah Dr Maza tersebut.  Apa lagi! DR Maza kantoi lagi.  Tak baik ustaz mengata orang.Dosa tau!

Kenyataan Ustaz Dr Fadzlan Mohd Othman

Sukacita kami tegaskan bahawa mana2 kenyataan yang dibuat oleh mana2 individu atau organisasi yang tiada kaitan rasmi dengan ILMU tidak sepatutnya dikaitkan dgn ILMU walaupun ia selari dan mendokong mana2 idea dan prinsip ILMU.  Selagi mana tidak dapat dibuktikan yang individu atau organisasi itu secara pasti dan rasmi ada kaitan dengan ILMU, maka tindakan mengaitkan secara melulu septi ini boleh dikira sebagai satu fitnah.

Kenyataan Pena Minang,


Sepertimana yang kami tegaskan sebelum ini, kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iLMU / Ulama Muda UMNO. Ternyata ianya adalah satu FITNAH kepada organisasi kami (Pena Minang) dan iLMU apabila Pengerusi ULAMA MUDA UMNO / iLMU membuat kenyataan terbuka yang menafikan sebarang kaitan iLMU dengan Pena Minang atau mana-mana organisasi / individu yang dilihat cenderung kepada kenyataan iLMU / ULAMA MUDA UMNO dalam hal-hal tertentu. 

Sepertimana yang kami tegaskan, we are seperate entity. Walaupun kami kelihatan menyokong atau cenderung dengan kenyataan iLMU, tak bermakna kami bersama-sama mereka. (Lihat Pena Minang)

Teman rasa wajar Dr Maza buat kenyataan terbuka permohonan maaf kepada ILMU dan UFB.  Secara terang-terangan Dr Maza telah memfitnah ILMU dan UFB.  Kalau pada teman, Dr Maza ni ada unsur-unsur "Mala Fide" dan berniat jahat dengan ILMU dan UFB yang akan menjejaskan reputasi dan imej ILMU dan UFB. 

Kalau kome nak tau detail tentang ILMU, kome boleh buka website http://ilmuanmalaysia.com/

KERAJAAN YANG PRIHATIN: BAPA TUNGGAL PUN DAPAT BANTUAN WEH!



Ini lah kerajaan BN.  Bukan asyik berpolitik aje macam pakatan Rakyat yang asyik tabur fitnah merata-rata.  Kerajaan BN buat tak payah nak kecoh-kecoh satu Malaya.  Ini satu lagi Janji Ditepati Kerajaan BN.  Bapa tunggal pun dapat bantuan.  Ibu tunggal apatah lagi..banyak tu weh! RM2,000 seorang.

KUALA TERENGGANU – Ibu dan bapa tunggal di negeri ini akan menerima bantuan RM2,000 setiap seorang sekiranya mendirikan rumah tangga semula pada tahun hadapan.

Bantuan yang pertama kali diperkenalkan itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri ini untuk meringankan beban golongan berkenaan meneruskan kehidupan baharu bersama pasangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil) memberitahu, seramai 21,837 ibu tunggal dan 2,890 bapa tunggal bakal memperoleh manfaat tersebut jika mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

“Bantuan itu membuktikan bahawa kerajaan negeri prihatin dengan golongan ibu dan bapa tunggal di negeri ini, selain menyediakan bantuan-bantuan lain agar kehidupan mereka terbela,” katanya ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri, semalam.

Sumber

BONGKAR: PKR AGENSI FREEMANSON & ILLUMINATI DI MALAYSIA!


Teman tak perasan ada pengakuan terbuka Parti Keadilan Rakyat mengenai hubungan PKR dengan Freemanson dan Illuminati.  Tapi bila perhati betul-betul, memang sah logo PKR hampir serupa dengan logo berkaitan Fremanson dan Illminati.  Kan dah kantoi!  Ini lah parti yang kome ikut seperti mengikut telunjuk Yahudi dan Israel yang membunuh jutaan umat Islam di Palestin.  Parti ini kome nak undi ke?  Mengundi PKR bagai membunuh rakyat Palestin dan mengkhianati Islam.  PAS yang bersengkokongkol dengan PKR ini bersubahat seperti memberi peluru untuk membunuh umat Islam. DAP dah memang kapio, tak payah nak cerita dah weh!  Dah memang nak wujudkan Negara Kristian di Malaysia.  Apa nak heran.  Yang heran kome yang Islam tu menyokong membuta tuli tak tentu pasal.  Lepaih tu jadi barua DAP pulak.  Elok la tu!

Kome tengok la gambar kaitan Freemanson dan Illuminati dengan PKR.  Kome nilaika sendiri.  kalau kome nak lagi kome tengok kat Blog Pena Minang kat SINI






HOT! TAWARAN MEGA SUPERMARKAT PAKATAN TERUS KANTOI



Teman rasa Pakatan Rakyat confirm dah tak ada modal nak spin.  Isu-isu perumahan jadi isu utama Pakatan Rakyat jaja ke serata tempat.  Minta simpati rakyat untuk undi deme yang kaki tabur fitnah, tabur janji kosong macam boleh tawaran Mega macam Supermarket!  Deme ni janji aje, tak buat pun lagi.  Janji PRU12 pun tak tunai lagi, dah tamnah pulak lagi.  Kerajaan BN janji dan terus buat.  Tak tunggu-tunggu macam deme.  Manifesto Bukan Janji kan.kan..

JOHOR BAHRU: Perumahan Rakyat 1Malaysia akan membina 8,000 buah rumah di Johor dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Mutalib Alias ​​berkata projek itu akan dilancarkan tahun depan dan siap menjelang 2016.

"Kami sedang mengkaji untuk membina rumah-rumah di Larkin, Kulaijaya, Pasir Gudang, Plentong dan Nusajaya," katanya selepas melancarkan pendaftaran PR1MA untuk Pembangunan Perdana Bandar Nusajaya, di sini, Khamis.

Mutalib berkata tanah di kawasan-kawasan ini dimiliki kerajaan persekutuan dan negeri, dan pemaju swasta.

"Kami terlebih dahulu menilai kawasan-kawasan untuk memastikan sama ada ia layak," katanya, sambil menambah selepas Kuala Lumpur dan Selangor, Johor adalah kawasan sasaran seterusnya untuk rumah PR1MA.

Mutalib berkata tiga negeri membentuk 60 peratus daripada 80,000 buah rumah PR1MA yang telah dirancang dibina di seluruh negara.

"Kos setiap rumah kira-kira 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran."

Sama ada mereka Johor akan membina rumah bertingkat tinggi atau sebaliknya, Mutalib berkata berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh PR1MA, golongan muda gemarkan rumah bertingkat tinggi.

"Kita perlu melihat ke gaya hidup kumpulan sasaran kerana mereka adalah daripada kumpulan berpendapatan sederhana," katanya.

Mutalib berkata sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan permohonan untuk rumah di bawah PR1MA minggu lepas, kira-kira 7,472 orang telah mengemukakan dokumen mereka dalam talian.

"Kami berharap lebih ramai orang akan mendaftar secepat mungkin supaya kita boleh membuat kemaskini untuk pelancaran, butiran mengenai projek-projek dan juga pengundian terbuka," katanya.

Mengenai projek di Johor, Mutalib berkata PR1MA akan menguruskan pengundian 201 unit rumah mampu milik yang akan dibina oleh pemaju swasta Denia Development Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada projek Perdana Nusantara di Bandar Nusajaya.

"Sama ada ia adalah rumah-rumah yang dibina oleh PR1MA atau rumah-rumah yang dibina melalui perkongsian dengan pemaju swasta, PR1MA akan terus memastikan kumpulan berpendapatan pertengahan mempunyai akses kepada rumah berharga antara RM100,000 dan RM400,000," katanya.

HOT!TIPS UNTUK MENGELAK DARI DIKESAN KAMERA AES



Pengguna jalan raya dan lebuh raya akan melakukan apa sahaja untuk mengelak daripada terkena perangkap Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Bagi yang mampu, mereka mungkin sanggup membayar sejumlah wang untuk memasang alat pengesan AES pada kenderaan mereka.

Bagi pengguna telefon pintar, mereka mungkin boleh dikatakan 'pintar' apabila mereka memuat turun aplikasi pengesan AES pada telefon masing-masing bagi mengelak daripada dikenakan saman.

Sejak AES diperkenalkan September lalu, aplikasi untuk mengesan kamera AES semakin mendapat perhatian ramai apabila ia sering berada pada kedudukan terbaik di antararibuan aplikasi lain yang ditawarkan sama ada kepada pengguna android atau iOS.

Aplikasi 'AES Detector' misalnya pernah berada pada kedudukan 30 teratas bersama aplikasi lain seperti Facebook, WhatsApp Messenger, Viber, Twitter yang menjadi aplikasiyang 'wajib' dimuat turun bagi kebanyakan pengguna telefon pintar dunia masa kini.

Aplikasi lain yang berkaitan termasuklah 'AES Location Detector', 'AES Alert', 'AES Detector With Map', 'AES Camera Detector', 'AES Camera Location' dan banyak lagi yang beradapada kedudukan yang tidak kurang hebat.

Kevin Chua, 34, yang membangunkan aplikasi 'AES Detector' berkata dia membangunkan aplikasi ini untuk membantu orang ramai daripada terkena perangkap AES.

Katanya, sejak aplikasi ini pertama kali dipasarkan melalui 'Google Play' untuk dimuat turun oleh pengguna android melalui 'Play Store' pada 14 Oktober 2012, rekodmenunjukkan seramai 313,769 pengguna telah melakukan muat turun.

Aplikasi ini kemudiannya ditawarkan kepada pengguna iOS pada 20 November 2012.

"Saya ingin membantu pengguna dan dalam masa yang sama saya juga boleh menggunakannya.

"Ia percuma dan saya belum terfikir untuk mengenakan bayaran untuk aplikasi ini. Aplikasi ini membantu orang ramai dengan mengingatkan mereka tentang adanya AES berhampiranmereka dan dengan itu mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada mStar Online.


Mempunyai ijazah dalam bidang Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM), Kevin berkata dia tidak berniat menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang trafikdengan membangunkan aplikasi seumpama ini.

"Saya hanya ingin membantu dengan cara ringkas dan mudah. Bayangkan dengan adanya aplikasi ini mereka yang memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mungkin bolehmenyelamatkan wang sehingga RM600 jika mereka terkena perangkap AES kerana memandu melebihi had laju ditetapkan," katanya yang membangunkan aplikasi ini secarapersendirian.

Bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan AES, Kevin berkata dia akan membuat kajian dan dengan bantuan para pengguna yang memberikan maklumat berkaitan.

"Sehingga kini kamera AES dikenal pasti di 14 buah lokasi di seluruh negara," katanya.

Kevin berkata aplikasi boleh terus digunakan sebaik sahaja pengguna melakukan muat turun yang mengambil masa beberapa minit.

Sebelum memulakan perjalanan, pengguna perlu mengaktifkan telefon atau 'tablet' mereka kepada mod bunyi dan memandu meneruskan perjalanan seperti biasa.

"Peranti akan berbunyi, isyarat terdapat AES perangkap kelajuan di hadapan 2,000 meter dari kenderaan sedang dipandu.

"Isyarat akan berbunyi sebanyak lima peringkat mengikut jarak tertentu sehingga kenderaan tiba di lokasi sebenar AES," katanya.

Bagi AES perangkap kesalahan melanggar lampu isyarat, peranti akan berbunyi dari jarak sejauh 800 meter dari lokasi kamera.

Kevin berkata walaupun aplikasi ini hanya boleh digunakan di Malaysia, rekod menunjukkan terdapat juga rakyat Singapura dan Indonesia yang memuat turun aplikasi ini untuk digunakan dalam pemanduan mereka di sini.

Mengenai pelaksanaan AES di Malaysia Kevin bersetuju ia dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi berpendapat ia harus dipasang di tempat yang sesuai dan kadar saman dikaji semula.

"Saya bersetuju jika ia diletakkan di kawasan kemalangan dan usaha ini memerlukan penjelasan berterusan kepada rakyat.

"Bayangkan anda memandu dari Johor ke Utara yang mana anda mungkin menerima lebih dari satu saman. RM300 untuk satu saman agak mahal untuk rakyat biasa," katanya.

Sementara itu ramai pengguna telah membuat penilaian terhadap aplikasi ini.

Daripada 2,140 yang membuat penilaian, seramai 1,321 pengguna memberikan lima bintang, 477- empat bintang, 193- tiga bintang, 47- dua bintang dan 102- satu bintang.

Azriena FerousZ memberikan komen: Baru sahaja mengemas kini aplikasi tetapi tiada isyarat bunyi? Atau adakah telefon saya yang mempunyai masalah? Bagimanapun aplikasiini sangat bagus. Cara yang baik untuk menjimatkan wang.

Seorang pengguna telefon bimbit model HTC Nexus One memberi komen: Aplikasi yang bagus, dan menjadi kemestian untuk mereka yang sering memandu. Anda akan menjadi kaya nanti (bergurau).

Pengguna android memberi komen: Terbaik...5 bintang bro...aplikasi sangat-sangat membantu.

Seorang pengguna memberi komen agak negatif: Saya benci bunyi isyarat GPS. Bolehkah anda memberi pilihan untuk mengalihkannya?

Wagner Sahui memberi komen: Khidmat terbaik untuk masyarakat

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata aplikasi ini mungkin boleh membantu pengguna daripada melakukan kesalahan berkaitan had laju atau melanggar lampu isyarat.

Sumber

Aeril Zafrel Bakal 'Angkat Kaki' Dari MIG



Pelakon Aeril Zafrel berhasrat untuk mengundurkan diri daripada syarikat pengurusan artis dan produksi MIG bagi mengembangkan kerjaya lakonannya secara berdikari.

Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 24, berkata, dia mahu mencabar kemampuannya dengan menimba pengalaman bersama produksi lain selepas dua tahun berada di bawah pengurusan syarikat produksi itu.

"Saya mahu berdikari dan menimba pengalaman baru selepas ini. Saya hargai segala peluang diberikan MIG selama ini tetapi saya juga perlu berkembang.

"Kalau hendak menjadi pelakon yang baik kita perlu bekerja dengan pelbagai orang yang bagus," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Hero filem Budak Pailang itu berkata, keinginan tersebut bagaimanapun bukan disebabkan dia diabaikan atau berdepan konflik dengan syarikat berkenaan.

"Tiada sebarang isu atau masalah dengan pengurusan cuma sudah tiba masanya saya bergerak atas kaki sendiri.

"Malah, sebelum ini pun saya dan Ketua Pegawai Eksekutif MIG iaitu David Teo pernah berbincang mengenai hasrat ini.

"Beliau memberikan lampu hijau dengan syarat saya menyiapkan komitmen filem terakhir 99 Kali Rindu yang baru tamat penggambaran," jelasnya.

Aeril berkata, dia bimbang selepas menyedari kedudukannya yang berada pada zon selesa di bawah MIG selama dua tahun.

"Saya bimbang jika penonton akan mula jemu dengan kerja saya. Selama ini, saya kerap berlakon dengan orang-orang yang lebih kurang sama sahaja.

"Sebelum orang mulai bosan, lebih baik saya mencuba peluang baru dengan pihak lain walaupun prosesnya mungkin lebih mencabar dan berliku," akuinya yang masih aktif berlakon sejak “berhijrah” untuk menjadi lebih islamik beberapa bulan lalu.