Pages

Saturday, 15 December 2012

Kim Hyung Jun Jumpa Pereka Fesyen Terkenal Malaysia



Melalui akaun sosial Twitternya (pada 12 Disember), penyanyi Kim Hyung Jun berkongsi sekeping gambar berserta mesej, "En. JIMMY CHOO, terima kasih banyak. selamat tahun baru dan selamat hari krismas. jumpa anda tahun depan".

Dalam gambar tersebut menunjukkan bekas anggota kumpulan SS501 ni bersama pereka fesyen terkenal bertaraf antarabangsa, Dato' Jimmy Choo yang sambil sedang memengang album terbaru penyanyi itu, siap dengan tandatangannya sekali! Dan sebagai balasan, Hyun Jun menerima 'special sketch' daripada Jimmy Choo. 

Hyung Jun berjumpa dengan pereka kasut kebanggaan Malaysia ini sewaktu memenuhi undangan di majlis makan malam sempena “2012 Malaysia Model Festival Awards” yang diadakan di Hotel JW Marriot Putrajaya, pada 11 November lalu. Hyung Jun hadir mewakili negara Korea untuk sempena acara festival tersebut.

Alang-alang jumpa, mungkinkah ada kolaborasi atau projek istimewa yang akan dilaksanakan oleh mereka berdua nanti di sini? Kita nantikan saja. Tapi kalaulah benar, lepas ni nampak gaya keraplah Hyung Jun berulang-alik ke Malaysia. Suka lah peminat mendengarnya...



No comments:

Post a Comment