Pages

Sunday, 23 December 2012

Weh! Kenapa Tinggalkan Abby Abadi, Kesian Dia



Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menumpukan bantuannya kepada penduduk di kawasan daif yang turut menjadi mangsa Taufan Bopha semasa Misi Bantuan Kemanusiaannya ke Mindanao, Filipina bermula Ahad.

Presiden KP1M Datuk Azeez Abdul Rahim berkata berdasarkan laporan anggota kelab yang sudah berada di sana mendapati, keadaan di kawasan berkenaan amat teruk hinggakan tiada yang boleh dianggap sebagai tempat tinggal.

"Keadaan dan kawasan begitu daif dan amat teruk. Kami juga berdepan cabaran tiada tempat rehat yang sempurna. Anggota-anggota kami mungkin tidur di belakang masjid atau dewan kerana memang tiada hotel (yang beroperasi).

"Kawasan kami adalah di 'ground zero'. Saya percaya itu tidak menghalang pasukan kami melunaskan amanat dan tanggungjawab untuk membantu mangsa bencana di Mindanao," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum pasukan KP1M, yang turut disertai doktor dan wartawan, berlepas ke Mindanao dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini. Mereka menaiki pesawat Charlie milik TUDM untuk perjalanan kira-kira tujuh jam bagi melaksanakan misi lima hari itu yang turut membawa 36 tan barangan makanan, ubat-ubatan serta kerusi roda.

Abdul Azeez berkata KP1M berharap dapat menyampaikan sumbangan itu kepada 80,000 keluarga yang ditempatkan di tiga khemah di kawasan bencana tersebut.

"Kita ada rakan-rakan di sana termasuk Islam dan bukan Islam dan ada juga yang bakal menyambut Hari Krismas. Diharapkan bantuan ini mampu meringankan beban mereka," katanya.

Ini merupakan bantuan ketiga dari Malaysia selepas dua bantuan membabitkan makanan, pakaian serta barangan keperluan harian bernilai RM600,000 diserah pada 7 dan 14 Dis lepas.

Laporan media menyatakan Taufan Bopha, yang melanda Mindanao pada 4 Disember lepas, dilaporkan telah meragut 1,050 nyawa selain mencederakan lebih 2,000 orang manakala 800 orang lagi masih hilang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment