Pages

Sunday, 2 December 2012

UNDANG-UNDANG SALUN PAS UMPAMA MASUKAN PASIR DALAM PERIUK NASI


Pengusaha-pengusaha salun rambut di Kelantan telah melahirkan rasa kebimbangan akan menanggung kerugian yang besar sehingga 30 peratus jika Kerajaan PAS Kelantan enggan berganjak berhubung isu tersebut.  Teman telah membuka halaman The Star mengenai komen-komen daripada pengusaha-pengusaha salun rambut di Kelantan.

Rata-rata pengusaha merasakan undang-undang tersebut adalah tidak adil dan akan membebankan pengguna akhirnya.  Manakan tidak, pengusaha terpaksa menggandakan caj bayaran bagi menanggung kos kerugian yang ditanggung akibat peraturan baru tersebut.  Teman pun faham perasaan deme ni.  Deme ni orang berniaga.  Deme terpaksa pulak naik harga.  Siapa nak rugi weh!!!  Deme kata Kerajaan PAS bubuh pasir dalam periuk nasi deme.  PAS pulak akan salahkan UMNO..Itu le khojer deme.  Ngatakan oghang je.  Salah deme, UMNO pulak yang kena.heeee..

Nak tau lagi kome tengok SINI , itu pun kalau kome tau baca oghang putih le..heee

No comments:

Post a Comment