Pages

Monday, 10 December 2012

Robert Pattinson Ditawar Berlakon Dalam Filem Lucah



PELAKON kacak, Robert Pattinson telah ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah filem lucah dengan bayaran yang cukup lumayan selepas berjenaka mengenainya.

Contactmusic melaporkan, Robert dalam satu temubual secara berseloroh memberitahu dia teringin berlakon dalam sebuah filem lucah berjudul Girls Gone Wild dan kenyataannya itu telah mendapat perhatian penerbit terhadap kenyataannya.

"Saya ada mendengar mengenai keinginannya untuk berlakon dalam filem lucah dan saya sanggup memberikan tawaran menarik, kata penerbit filem berkenaan.

Namun demikian, sumber terdekat pelakon itu memberitahu Robert tidak akan berlakon di dalam filem lucah dan kenyataannya itu hanyalah gurauan semata-mata.

No comments:

Post a Comment