Pages

Monday, 24 December 2012

PANAS: FAZURINA NAFI KAHWIN LARI, HABIS APA?



Jumaat lepas, kecoh sebentar apabila sebuah akhbar online telah melaporkan pelakon yang pernah popular dengan drama ‘Dunia Anita’ iaitu Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, telah bernikah bersama teman lelakinya, Hykal Zulkifli.

Dalam laporan tersebut, Fazurina juga dikatakan telah melangsungkan perkahwinan bersama Hykal berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan keluarga. Laporan yang sama turut menyebut keluarga Fazurina tidak mengenali keluarga pihak lelaki dan mereka berdua dikatakan ‘kahwin lari’.

Namun, satu sumber yang rapat dengan Fazurina telah menghubungi OHBULAN! dan mendedahkan bahawa keluarga Fazurina sememangnya mengenali Hykal.

“Sebenarnya keluarga Fazurina dan keluarga Hykal menetap di kondominium yang sama, cuma tingkat saja berlainan.”

Sumber turut memberitahu bahawa adik Fazurina iaitu Siti Fazurita Mohd Famir sebelum ini pernah terlibat sebagai pelakon drama terbitan produksi Tripix Studio, yang juga dimiliki oleh Fazurina dan Hykal sebagai rakan kongsi.

“Hykal ada buat drama untuk Tripix Studio dan Fazurita (adik Fazurina) adalah salah seorang yang terlibat sebagai pelakon.”

Dalam pada itu, Fazurina yang membahasakan dirinya Nina ketika dihubungi OHBULAN! mengaku bahawa keluarga mereka saling mengenali dan turut menafikan bahawa dia dan Hykal kahwin lari.

“Ya, memang keluarga Nina saling mengenali dan keluarga Hykal tinggal di tingkat 16 manakala Nina dan keluarga di tingkat 14 di sebuah kondominium yang sama di Hartamas,” jelas pelakon ini.
Sebelum ini juga, Fazurina memberitahu bahawa keluarga Hykal pernah datang merisik, namun telah ditolak oleh ibunya. Selain itu, Fazurina turut meluahkan rasa terkilan kerana sikap adiknya yang sengaja membesar-besarkan cerita tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Nina dan Hykal bukan kahwin lari. Majlis pernikahan kami dihadiri oleh semua ahli keluarga besar termasuklah ibu-ibu dan bapa-bapa saudara kami semua. Mereka semua menyukai Hykal dan bersetuju dengan pilihan Nina. Cuma ibu dan adik-beradik Nina yang tidak hadir.
“Sebelum bernikah pun, Nina sudah pergi merujuk pada ustaz-ustaz untuk bertanya serta mendapatkan kepastian tentang situasi kami. Nina juga ada buat solat Istikharah,” tambahnya lagi.

Fazurina walau bagaimanapun tetap berharap agar hati ibunya akan terbuka untuk menerima kehadiran Hykal suatu hari nanti.

“Walaupun ibu Nina tak bagi, tapi Nina tahu satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka. Nina percaya, antara ibu dan anak takkan terpisah,” luah pelakon berusia 30 tahun ini.

Sementara itu, sebuah sidang akhbar akan diadakan Fazurina pada hari esok (24 Disember), jam 2 petang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang. Majlis resepsi Fazurina & Hykal Zulkifli pula akan diadakan pada 9 Februari 2013 di Pulau Pinang.

Sumber

No comments:

Post a Comment