Pages

Monday, 10 December 2012

MUFTI PERAK TEGUR PIHAK DISEBELAH SANA TU!


Teman dah lama tak dengo Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ni bercakap.  Ustaz idola teman ni memang jarang bercakap pasal-pasal isu semasa.  Semalam Ustaz Harussani nak terdetik bercakap pasal masjid.  Ye la.  Ustaz bercakap pada Majlis Perasmian Surau Rafaeh di Meru Perdana.  Mesti la cakap pasal cerita masjid.  Iye tak ya jugak.

Ustaz Harussani terkenang dan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menjadikan masjid dan surau sebagi tempat memburukkan sesama Islam dan memecahbelahkan ummah.  Teman rasa teman tau apa Ustaz Harussani maksudkan.  Ye la.  Yang selalu berndengo-dengo memburukkan sesama Islam ni pun, PAS punya perangai.  Jadikan masjid tempat menabur fitnah dan memburuk-memburukkan sesama Islam.  Orang pergi masjid nak buat ibadat.  Bagi ceramah agama, tapi mukaddimah aje, lepaih tu start la kutuk sampai habis ceramah, sampai solat isya pun terlajak.  Doa BN KO, pun satu hal, jadi ibadat untuk menghancurkan sesama Islam.  Ada akai ke tak!  Nik Aziz restu, iye dak..dapat masuk syurga tu!heeee..

IPOH — Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak lupa tanggungjawab untuk menjaga serta mengimarahkan masjid, terutama yang baharu dibina.

"Kebanyakan masjid hanya penuh pada Jumaat sahaja tetapi jemaahnya kurang pada hari-hari lain terutamanya semasa solat Subuh,” katanya pada majlis perasmian Surau Rafeah di Meru Perdana di sini, semalam.

Beliau berkata, masalah itu mungkin berlaku kerana umat Islam sekarang tidak menganggap masjid dan surau sebagai milik mereka kerana dibina oleh kerajaan.

"Sebelum merdeka, masjid dan surau dibina hasil usaha setiap umat Islam dengan mewakafkan tanah dan sumbangan derma. Selepas merdeka, masjid dibina dengan bantuan kerajaan sehingga setiap daerah ada masjid.

"Apabila masjid rosak, bocor mereka minta bantuan dengan kerajaan, seolah-olah sudah tidak ada tanggungjawab manusia,” katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat memburukkan sesama Islam dan memecah-belahkan ummah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment