Pages

Friday, 28 December 2012

KANTOI: FAZURINA MENGAKU TAK DAPAT RESTU KELUARGA


Teman dah cakap.  Ada yang tak kena perkahwinan Fazurina ni.  Kecoh-kecoh kata Fazurina kahwin lari dengan Haikal ni dah terbukti.  Teman nak gelak bila Fazurina buat satu sidang akhbar. Beriya-iya la panggil semua ahli keluarga termasuk ibu Fazurina sendiri. Cadangnya nak tunjuk pada masyarakat dia tak kahwin lari, tak dapat restu keluarga. Tapi akhirnya, lain pulak jadinya.  Jadi drama sedih le pulak.

Menurut laporan KosmoFazurina atau nama ringkasnya Nina mengadakan sidang akhbar di salah sebuah hotel di Bayan Baru, Pulau Pinang baru-baru ini dengan turut menjemput ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, serta beberapa ahli keluarganya yang lain termasuklah abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya, Mohd. Fauzi, 24, dan Mohd. Firdaus, 22.

Sidang akhbar tersebut bagaimanapun bertukar menjadi seolah-olah penggambaran sebuah drama Melayu apabila Zubaidah dan ahli keluarga Fazurina yang hadir hanya mendiamkan diri.


‘Drama’ air mata mula tercetus apabila Fazurina tiba-tiba bergegas mengejar Zubaidah sehingga ke tangga selepas ibunya itu dibawa oleh salah seorang daripada adik lelakinya itu untuk beredar dari sidang akhbar tersebut.

Hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun, Fazurina dilihat amat sebak.

Sementelah, Zubaidah kedengaran telah meluahkan kekesalannya dengan tindakan Fazurina (berkahwin secara senyap-senyap) sebelum dia ditarik adiknya itu meninggalkan lokasi sidang akhbar tersebut.

Kan ke dah kantoi!  Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.  Tapi teman paling tak suka bila Fazurina cuba menyalahkan orang lain dalam isu ini.  Eh!Eh!  Siapa yang kahwin ni?  Bukan ke mike yang gatal nak kahwin, apasal pulak orang lain yang salah.  Jangan derhaka pada ibu.  Syurga ditapak kaki ibu tau tak? Bukannye kat Nik Aziz..oppss..

No comments:

Post a Comment