Pages

Thursday, 13 December 2012

HOT! DATUK K KEMALANGAN, SITI NURHALIZA BATAL KONSERT


Tak sangka.  Macam-macam boleh berlaku.  Datuk K kemalangan di new Zealand dan diberitakan patah bahu.  Menurut mStar Online Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis. 

Akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki.  Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.  Alhamdulillah. mungkin boleh sembuh.  Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.

Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.


Teman doakan Datuk cepat sembuh dan Siti Nurhaliza akan lebih tabah apa yang telah menimpa kepada suami yang tercinta.  Semua itu adalah dugaan Tuhan.  Mungkin kita telah terlupa dan meberi kesedaran kepada kita.  Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment