Pages

Wednesday, 19 December 2012

Hilang Satu Pemimpin Berjiwa Rakyat



IPOH 18 Dis. - Selepas 35 tahun menabur bakti sebagai wakil rakyat, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali hari ini mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau membuat pengumuman itu ketika membahaskan usul Enakmen Perbekalan 2013 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi menyatakan saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding lagi sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini sidang dewan terakhir buat saya. Sebagai manusia biasa, pasti ada kekurangan dan tidak terlepas melalukan kesilapan. Dengan rendah diri saya mohon kemaafan atas sebarang tutur kata dan perlakuan yang tidak disenangi sepanjang menjadi anggota dewan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment