Pages

Tuesday, 25 December 2012

HANGAT: 7 Tahun Baru Muaz Mohamed Boleh Nikah



Penyampai radio dan pengacara Muaz Mohamed mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang dikenali sejak tujuh tahun lalu pada Februari 2013.

Pemilik nama penuh Muazanazzudin Mohamed, 28, itu berkata, dia mengambil keputusan untuk memperisterikan Ediana yang bekerja dalam bidang pemasaran selepas mengukuhkan kewangan dan kerjaya masing-masing.

"Kami sudah berkawan sejak belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) lagi. Kami ada keserasian dan berkongsi susah dan senang bersama.

"Saya ambil masa selama tujuh tahun untuk melamar Ediana kerana ingin mengukuhkan kewangan dan kerjaya dahulu. Kini kami sudah bersedia," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pengacara program Diva @1 (TV1) ini enggan mendedahkan butiran persiapan perkahwinan itu kerana dia belum bersedia untuk berbuat demikian.

"Apa yang saya boleh katakan buat masa ini, kami akan bernikah pada Februari depan.

"Tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi butiran majlis secara terperinci kerana ia masih dalam persiapan," jelasnya yang mengikat tali pertunangan pada April lalu.


Tambah Muaz, majlis pernikahan itu akan diadakan secara ringkas khusus untuk keluarga dan kenalan media yang rapat.

"Saya bukannya dikenali sangat. Segan pula hendak kecoh-kecoh mengenai majlis ini.

"Tunggulah apabila tiba masanya, saya akan maklumkan kepada kenalan media terdekat yang banyak membantu kerjaya selama ini," kongsinya.

Selain tugasan penyampai di Nasional FM, Muaz juga mengacarakan program Generasi Y di TV1.

Sumber

No comments:

Post a Comment