Pages

Saturday, 8 December 2012

HAH! PECAH LUBANG GUAN ENG, PENIPU RUPANYA



Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu mengatasi masalah perumahan kos mampu milik dan rendah untuk rakyat Pulau Pinang. 

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow hari ini berkata, jika masalah perumahan mampu milik dan kos rendah tidak diatasi menjelang 2014, penduduk di bahagian pulau dijangka akan berpindah ke kawasan seberang. 


Katanya, satu kajian oleh Penang Institute, organisasi yang membuat perancangan untuk kerajaan Pulau Pinang, menyatakan penduduk berpendapatan kurang RM2,700 dijangka tidak mampu memiliki rumah sendiri di kawasan pulau menjelang 2014. 

Kajian itu turut menyatakan harga rumah di Pulau Pinang telahpun melambung 50 peratus berbanding lima tahun lepas dan penduduk akan terpaksa berpindah ke Seberang Jaya Utara. 

"Ini adalah perkara yang menakutkan tetapi kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini tidak ada dasar untuk atasi masalah ini. Mereka terus memberi kelulusan kepada pembangunan rumah-rumah mewah," katanya ketika berucap pada majlis Janji Ditepati yang dirasmikan Perdana Menteri sempena lawatan seharinya ke negeri ini. 

Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang mampu mendapat manfaat dari program Perdana Menteri di bawah konsep 1Malaysia dan juga mempunyai pelbagai program perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah. 

Katanya, BN sentiasa menunaikan janji-janji sejak 40 tahun yang lalu malah di bawah pentadbiran bekas ketua menteri, Tun Dr Lim Chong Eu lagi diwujudkan dasar perindustrian Pulau Pinang serta dasar perumahan. 

Teng berkata, di bawah pentandbiran Chong Eu, kerajaan BN membuka bandar baru di Bayan Baru, Seberang Jaya dan Ayer Itam serta mewujudkan perumahan mampu milik bagi menampung keperluan rumah rakyat di Pulau Pinang. 

Di bawah pentadbiran Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula, kerajaan BN masih meneruskan usaha untuk membina perumahan mampu milik dan kos rendah berharga RM25,000 serta rumah kos sederhana dengan harga antara RM42,000 dan RM72,000. 

Teng berkata, Pulau Pinang sejak di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang tidak mempunyai dasar perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah. 

"Menurut laporan Juruaudit Negara, kerajaan pakatan pembangkang pada 2010 tidak membina rumah mampu milik dan kos rendah untuk rakyat," katanya. - BERNAMA 


No comments:

Post a Comment