Pages

Tuesday, 11 December 2012

GEMPAR: SPRM KENA TEMBAK!



Weh!  Biar betul citer ni!  Ada ke patut.Penguatkuasa undang-undang tu!  Jangan nak buat lawak la.  Tapi ni Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cakap.  Bukan teman yang cakap.

Laporan Bernama menyebut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed merayu kepada ahli politik semua parti, agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', suatu kecenderungan yang beliau katakan akan hanya menyulitkan lagi usaha memerangi rasuah. 

"Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti...janganlah tembak dari belakang. SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah?"

Ooo..gitu rupanya.  Kalau ya pun, jangan la main tembak-tembak.  SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan.  Banyak isu yang berbangkit terpaksa SPRM tangani hasil mainan pembangkang.  Berilah peluang SPRM menjalankan tugas dengan lebih berkesan.  Kome bagi la kerjasama, dan bukannya menfitnah semborono.

"Orang ramai perlu menyokong undang-undang yang menggariskan 'larangan penuh' bagi saudara mara terdekat seseorang menteri untuk terlibat dalam proses membuat keputusan," katanya. 

Hah! Dah ada undang-undang bagi memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan.  Sokongan dan kerjasama masyarakat amat diperlukan.  Jangan asyik nak fitnah sembarangan seperti Pakatan Rakyat.  Apa pun tak betul tapi deme pun kuat makan rasuah .  Tak nak mengaku pulak tu.  Apa la!

No comments:

Post a Comment