Pages

Sunday, 16 December 2012

GEMPAR: LIM KIT SIANG CALON PERDANA MENTERI


Guan Eng memang dah kantoi menipu!  Kalau mike nak menipu pun bior le bertempat.  Ini tidak, mulut cakap lain, tapi cakap tak serupa bikin.  Siapa yang percaya cakap Guan Eng ni?  Sudah pasti Lim Kit Siang jadi calon Perdana Menteri.  Ramai jugak dah tertipu.  DAP tidak mahu rakyat tahu mengenai perkara ini., supaya PAS jugak tertipu dengan permainan jahat deme ni.  Jika rakyat tahu khususnya orang Melayu, maka undi Melayu kepada DAP tidak akan menjadi kenyataan.

Adakah DAP parti berbilang bangsa?  Itu yang cuba diwar-warkan oleh Guan Eng dan konco-konconya supaya orang Melayu akan memberi sokongan kepada DAP.  DAP hanya bermain kayu tiga supaya dapat mengaburi mata PAS.  Pada teman DAP akan gagal mendapat sokongan Melayu selepas ini apabila kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, Sabtu.

Bukti dah nyata, kesemua perwakilan DAP menolak orang Melayu jadi pemimpin.  Bermakna perwakilan mewakili kesemua ah-ahli DAP.  Bagaimana pulak jika seorang Melayu  seperti Anwar China Doll bermimpi mahu menjadi Perdana Menteri jika dapat menawan Putrajaya.  Adakah DAP  akan memberi laluan kepada Anwar China Doll menjadi Perdana Menteri.  Hanya Karpal Singh sahaja yang membuat kenyataan menyokong Anwar China Doll sebagai Perdana Menteri.  Teman yakin ahli-ahli DAP sebenarnya mahukan Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri.  Kekalahan pemimpin Melayu dal;am perebutan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) membuktikannya Melayu hanya layak sebagai pak turut semata-mata.  Inilah senario yang berlaku di Singapura.  Kalau ada yang masih percaya dengan DAP ini, teman pun tak tau kata apa!  Memang Melayu haprak le deme ni.heee..

1 comment:

  1. Melayu sememangnya gemar jadi pak turut,dan lebih selesa kalau dipimpin olih bukan dari kalangan mereka ,lebih menyakinkan mungkin.

    Kalau PR menang memang selayaknya Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete