Pages

Monday, 24 December 2012

GEMPAR KHALID IBRAHIM NAK ROBOHKAN KUIL LAGI?


Teman dapat rasakan, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim tak tidur malam.  lagi berserabut lah rambut Khalid Nordin, boleh botak gitu.  Menurut laporan Bernama, Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman R.Vellasamy kesal dengan sikap acuh tidak acuh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan pakatan pembangkang dalam menyelesaikan isu tapak kuil itu. Beliau berkata beberapa pucuk surat telah dihantar kepada kerajaan negeri meminta agar satu jalan penyelesaian berkaitan isu tapak kuil seluas hampir 0.8 hektar milik sebuah syarikat perladangan dan hartanah yang terletak di Ladang Teluk Merbau di sini.

Teman tak heran la perangai Kerajaan Selangor ni.  Kuil yang ada pun deme robohkan, tak kan nak tambah yang baru.  Boleh percaya ke?  Teman rasa berbagai alasan akan  direka bagi mengelakkan kuil ini terbina.  Teman bukannya apa, sebagai orang Islam kita patut menghormati agama-agama lain terutamanya disebuah negara demokrasi dan perlbagai kaum dan agama.  Yang penting, saling menghormati antara agama-agama lain.  

Undi la Pakatan Rakyat lagi.  Apa yang kome dapat, dapat hampagas aje la..

No comments:

Post a Comment