Pages

Sunday, 16 December 2012

Eina Azman Nafi Sembunyi Hubungan Cinta Dengan Afiq Muiz



Pelakon dan penyanyi remaja Eina Azman menolak dakwaan kononnya dia cuba menyembunyikan hubungan cinta dengan aktor Afiq Muiz.

Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 17, ini berkata, gosip itu timbul kerana segelintir pihak sudah tersalah sangka akan kemesraan mereka yang mulai rapat sejak tiga tahun lalu.

“Kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Mungkin kebetulan saya berkawan rapat dengan Afiq di mana kami selalu keluar bersama dan mesra sehingga ada pihak sudah tersalah anggap.

“Memang saya menyayangi dia tetapi sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, saya tiada teman istimewa kerana masih terlalu muda,” katanya ketika ditemui mStar Online pada ‘Viewing Party’ perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3, baru-baru ini.

Mengenai gambar-gambar mesra mereka di Internet baru-baru ini, aktres drama bersiri Mimpi Cinderella ini berkata, foto-foto tersebut adalah koleksi peribadi yang mahu dikongsikan dengan para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong.


“Ada pihak sudah salah anggap apabila melihat gambar-gambar mesra saya dan Afiq. Gambar-gambar itu sengaja kami ambil ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah baru-baru ini untuk tatapan peminat.

“Kalau saya hendak buat benda-benda tidak manis, takkanlah saya berkongsi dengan peminat. Lebih baik saya sorokkan sahaja. Niat kami semata-mata untuk memberitahu peminat mengenai aktiviti terbaru,” jelasnya.

Ditanya mengenai kerjaya seni, anak saudara kepada penyanyi dan guru vokal Juliza Adlizan ini berkata, dia mahu memberikan tumpuan kepada lakonan dan nyanyian sejak menamatkan zaman persekolahan pada bulan lalu.

“Sebelum ini, saya terpaksa mengimbangi antara pelajaran dan karier seni jadi sebab itu nama saya tenggelam dan timbul.

“Kini saya sudah tamat sekolah dan mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang seni bermula tahun hadapan,” ujarnya yang bakal muncul dengan video muzik lagu berjudul Bahagia Bersamanya pada awal 2013.



No comments:

Post a Comment