Pages

Thursday, 20 December 2012

BONGKAR: Ulama UMNO diupah oleh PAS


Teman seronok baca artikel seorang kolumnis dalam Haramkah Daily.  Ini mungkin berkaitan dengan entri teman sebelum ini (KLIK SINI) . Suka-suka mak bapak dia je kutuk ulama UMNO sebagai ulama upahan.  Teman faham kat siapa yang dituju khas oleh kolumnis "upahan" ni.  Teman ingin memetik tulisan kolumnis upahan ni menyebut,

Menjelang PRU Ke-13 bermunculan pelbagai isu yang terbit dari pelbagai kenyataan bukan saja dari para pemimpin politik, tokoh masyarakat bahkan juga dari kalangan yang menggelar diri mereka ‘ulama’ atau ‘digelar ulama’.

Seingat saya, Malaysialah adalah negara yang begitu mudah orang ‘bergelar ulama’ atau ‘digelar ulama’ - baik dari kalangan muda mahupun tua. 

Oleh itu orang jadi keliru bahawa kretaria yang bagaimana mahu dipakai untuk digelar ulama, sedangkan ulama ialah sebuah entiti yang sangat mulia di sisi Islam, pewaris nabi, golongan yang paling takut akan Allah dan pelbagai kemuliaan yang mereka miliki kerana ilmu dan ketakwaan mereka.

Di tengah-tengah simpang siurnya gelar ‘ulama’, keluarlah pelbagai fatwa, pandangan, malah kenyataan yang berbaur politk parti dan  sebagainya. 

Teman setuju sangat dengan kolumnis upahan PAS ini.  100000 peratus setuju.  Bayangkan PAS telah banyak menyumbang kepada mengeluarkan produk-produk "halal" bergelar ulama, ustaz dan ustazah waima nabi sekalipun  Bagaimana artis-artis yang didakwa "berhijrah" masuk Islam PAS dan terus diiktiraf sebagai ustaz dan ustazah.  Pengiktirafan produk PAS ini mempunyai keistimewaan untuk berceramah di merata tempat dengan bermodalkan "masuk Islam PAS' maka mampu untuk menggunakan Al-Quran dan Hadis untuk mentarbiah dan "mengislamkan" penonton dengan drama yang hebat.  Lebih mengejutkan mampu mengeluarkan fatwa sendiri dan menghukum orang lain diluar parti PAS sebagai sesat.  Lebih dasyat lagi Ustaz dan ustazah ini mampu menghukum parti lawan sebagai sesat dan zalim.  Upahnya duit yang diperah di "Tin Milo" yang dikutip dari kalangan penonton.  Siapa yang jadi upahan?

No comments:

Post a Comment