Pages

Sunday, 9 December 2012

BONGKAR! Guan Eng Paksa Pelajar Bayar Balik Duit Pinjaman PTPTN


Teman tak percaya la.  Ada ke Guan Eng paksa peminjam bayar balik pinjaman PTPTN.  Biar betul!  Betul la beb! Guan Eng paksa peminjam bayar balik pinjaman Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang.  Ini buktinya!

TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT NEGERI PULAU PINANG
Pentadbiran ini dalam usaha mengesan semula peminjam dan penjamin mengikut senarai di bawah. Dipohon penama tersebut menghubungi pihak pentadbiran bagi tujuan pembayaran dengan kadar segera sebelum diambil tindakan selanjutnya.  Orang ramai juga boleh tampil untuk memberi maklumat mengenai penama yang berkenaan (Sila abaikan notis ini jika pembayaran telah dibuat)

Eh!  Bukan ke Pakatan Rakyat yang beriya-iya benar nak mansuhkan Pinjaman PTPTN.  Sampai suruh budak-budak student IPT buat demontrasi diketuai budak hingus Adam Adli.  Occupied Dataran Merdeka sekali.  Pelik kan.  Tapi Kerajaan DAP Pulau Pinang tak mansuh pulak pinjaman Tabung Amanah Negeri Pulau Pinang.  MANSUHKAN LAH.  Bila kena batang hidung sendiri, tak buat pulak.  Kenapa?  Nampak sangat lidah bercabang.  Kerajaan BN buat semua salah, tapi kalau kome buat, tak apa. Alasan sebab duit rakyat.  Sebab duit rakyat la, Kerajaan minta bayar balik pinjaman PTPTN tu.  Lepaih tu boleh bagi peluang kepada yang memerlukan pulak.

Tapi yang teman gelak, tiru pulak bagaimana Kerajaan BN buat pengecualian faedah pinjaman.  Kome tengok la.  Kalau Pakatan Rakyat perintah Malaysia, teman tak tau la, macammana la Pakatan Rakyat ni menipu rakyat bulat-bulat.  Ini dah terdedah depan mata, jelas dan terbukti apa yang dilaung-laungkan selama ini, kosong..kosong...heeee..


No comments:

Post a Comment