Pages

Monday, 24 December 2012

BIAR BETUL: Peniaga Naikkan Harga Barang Sempena Krismas



Hah! Ini isu peniaga yang sesuka hati naik harga barang khususnya barang-barang kawalan.  Teman harap peniaga-peniaga ini dipantau dengan lebih teliti terutamanya pada musim perayaan.  Deme ni suka hati mak bapak deme naik harga barang.  Nanti orang akan kata Kerajaan yang naikan harga barang padahal peniaga yang suka suki naik harga barang tu.  Nanti kerajaan jugak yang salah.  Kenakan tindakan dan kompaun.  Baru deme rasa sikit.  Pembangkang apa lagi, tunggu masa nak jaja isu naik harga barang ni kat merata ceramah fitnah deme tu le.  Biasalah pembangkang, semuanya salah kerajaan.  Tak berani nak kata salah peniaga, nanti undi hilang.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersedia menyemak semula nilai kompaun minimum yang boleh dikenakan ke atas peniaga yang sering melanggar peraturan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, langkah itu bertujuan untuk memastikan peniaga terbabit mematuhi ketetapan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan oleh kerajaan dalam mengurangkan beban pengguna semasa menyambut sesuatu perayaan.

“Kita bersedia menyemak dan mengenakan kompaun minimum yang lebih tinggi terhadap ‘peniaga degil’ yang berulang kali melanggar ketetapan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan selepas ini.

“Langkah ini bukan bertujuan menghukum, sebaliknya mendidik mereka supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mengulangi kesalahan,” katanya selepas meninjau operasi penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012 di Ben’s Independent Grocer (BIG) di Jalan Dutamas 1, di sini semalam.


No comments:

Post a Comment