Pages

Sunday, 16 December 2012

APA KATA RONNIE LIU? JANGAN GANGGU SAYA PUNYA TEMPAT!



Ini apa Ronnie Liu nak jawab pulak! Tak pun serah pada Khalid Ibrahim yang jawab! Bagi serabut  lagi rambut Khalid Ibrahim tu.  Ini semua salah UMNO ke?  Kuasa PBT atas kuasa Kerajaan Negeri la weh!  Ada share ka?

PETALING JAYA: Lebih 10 premis yang dikesan menjalankan aktiviti perjudian Internet dan pelacuran di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, di sini, dipercayai ‘dipayung’ pihak tertentu berikutan masih kebal undang-undang walaupun berpuluh kali diserbu polis sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebanyak 67 serbuan dilakukan Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membabitkan premis perjudian terbabit, manakala 144 terhadap pusat pelacuran di kawasan sama sehingga semalam.

Menurutnya, disebabkan premis sama masih tidak serik dan meneruskan operasi walaupun diserbu berulang-kali, pihaknya membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik, namun usaha itu dipandang sepi.

“Kita minta kerjasama TNB memotong bekalan elektrik di 239 premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral itu di daerah ini, termasuk 10 di Pusat Perniagaan Mentari.

“Namun, masih tiada pemotongan dilakukan setakat ini, menyebabkan premis terbabit rancak meneruskan kegiatan terbabit seolah-olah tidak takut dengan undang-undang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Arjunaidi berkata, pihaknya turut meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen pengusaha premis yang melanggar syarat perniagaan.

“Bagaimanapun, kita dapati lesen perniagaan pengusaha premis terbabit yang dibatalkan selepas diserbu akan membuat permohonan baru atas nama orang lain dan membuka semula perniagaan mereka.

“Malah, pemilik premis yang diserbu juga sukar dikenakan tindakan berikutan tidak mempunyai lesen serta menjalankan kegiatan secara haram,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mempertingkatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan secara komprehensif dalam membanteras aktiviti perjudian Internet dan pelacuran yang semakin menular di seluruh daerah ini. (Harian Metro)

No comments:

Post a Comment