Pages

Friday, 30 November 2012

ANWAR IBRAHIM SOKONG ISRAEL BUNUH RAKYAT PALESTINE



Teman nak tanya Anwar, apa pendirian dia tentang Palestin.  Pemimpin UMNO/BN dah nyatakan pendirian terus menyokong dan berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka. Pemimpin UMNO/BN memberikan sokong moral dan bantuan dalam bentuk misi-misi bantuan.  Anwar Ibrahim buat apa?  Kepentingan dan keselamatan Israel adalah lebih penting pada Anwar Ibrahim.  Kalau berani, nyatakan pendirian tentang Palestin dan Israel.  Ada bran?.heee...

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini memuji Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas pemberian status 'negara pemerhati bukan anggota' kepada Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata ia merupakan satu lagi langkah penting ke arah mencapai impian Palestin untuk memperoleh hak dalam penentuan nasib sendiri, hak kemerdekaan dan kedaulatan, hak untuk hidup dalam keadaan aman dan bermaruah. 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Anifah mengucapkan tahniah kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan rakyat Palestin dan berkata keputusan Perhimpunan Agung, PBB itu merupakan detik bersejarah bagi semua rakyat Palestin. 

Katanya, Kuala Lumpur akan terus menyokong dan berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka.

Anifah berkata Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk memperbaharui komitmen dalam mencari penyelesaian secara aman dan berkekalan untuk Palestin.

Perhimpunan Agung PBB, pada Khamis meluluskan pengiktirafan 'de facto' negara berdaulat ke atas Palestin selepas Abbas menggesa badan dunia itu mengeluarkan 'sijil kelahiran' negaranya yang lama tertangguh. 

Sebanyak 138 negara undi menyokong; sembilan negara menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel; 41 berkecuali. Tiga negara tidak mengambil bahagian dalam pengundian itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment